awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lebih 120 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Delhi, akibat jarak penglihatan terhad

Bernama
Bernama
16/12/2025
20:30 MYT
Lebih 120 penerbangan dibatalkan di lapangan terbang Delhi, akibat jarak penglihatan terhad
Keadaan di sebatang jalan yang diselubungi jerebu waktu pagi, New Delhi, India, 15 Dis 2025. - Gambar fail/AP
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 126 penerbangan dibatalkan pada Selasa apabila jarak penglihatan terhad terus menjejaskan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di New Delhi, ibu negara India, untuk hari kedua berturut-turut, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Seorang pegawai Delhi International Airport Limited berkata sebanyak 49 penerbangan berlepas dan 77 penerbangan tiba dibatalkan di lapangan terbang itu berikutan jerebu tebal dan jarak penglihatan yang terhad pada waktu pagi.
Sementara itu, Lapangan Terbang Delhi turut mengeluarkan nasihat jerebu pada awal pagi Selasa, memberi amaran kepada penumpang mengenai kemungkinan kelewatan dan gangguan perjalanan.
Menurut laporan media, ratusan penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan pada Isnin apabila jerebu tebal menyelubungi ibu negara India dan kawasan sekitarnya.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#New Delhi
#jerebu
#jarak penglihatan
#penerbangan dibatalkan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan