EU terima 1,775 permohonan suaka daripada kanak-kanak tanpa peneman pada September

Secara keseluruhan, negara anggota EU menerima 58,495 permohonan suaka kali pertama pada September, mencatat penurunan 24 peratus berbanding bulan sama pada 2024, peningkatan 14 peratus berbanding Ogos 2025. (Foto AP)
BRUSSELS: Seramai 1,775 kanak-kanak tanpa peneman memohon suaka di negara Kesatuan Eropah (EU) pada September, menurut data Eurostat yang dikeluarkan pada Selasa.
Dalam kalangan pencari suaka muda itu, kumpulan terbesar berasal dari Eritrea, Afghanistan, Somalia, Venezuela dan Mesir, lapor Anadolu Ajansi.
Negara anggota EU yang menerima jumlah tertinggi permohonan daripada kanak-kanak tanpa peneman ialah Belanda, Jerman dan Sepanyol.
Secara keseluruhan, negara anggota EU menerima 58,495 permohonan suaka kali pertama pada September, mencatat penurunan 24 peratus berbanding bulan sama pada 2024, namun peningkatan 14 peratus berbanding Ogos 2025.
Pada suku ketiga 2025, sebanyak 209,860 keputusan suaka peringkat pertama dikeluarkan di seluruh EU, dengan 43 peratus daripadanya membawa kepada pemberian status perlindungan. Sepanyol (25,005), Jerman (23,325) dan Perancis (16,245) merekodkan jumlah tertinggi keputusan positif pada peringkat pertama.
Warganegara Afghanistan, Venezuela dan Ukraine adalah penerima utama status perlindungan dalam tempoh itu.
--BERNAMA-ANADOLU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


