Pramugari pesawat malang QZ8501 memuat naik foto sayap pesawat sebelum berlakunya tragedi. Perkara itu menjadi tanda tanya kepada teman rapat kepadanya iaitu Widya Rahmayuni Sipon.
Sarat dengan rasa sedih dan terkilan, Widya tidak menyangka jika itu adalah petanda dia akan berpisah selamanya dengan teman sekuliahnya sejak 12 tahun itu.
"Saya seakan tidak percaya, perbuatan itu mengejutkan saya," katanya ketika dihubungi astroawani.com.
Jelas Widya yang berumur 22 tahun, saat Nisa menukar gambar profilnya itu, Widya sedikitpun tidak sempat mahu bertanyakan kelakuan pelik pramugari Air Asia itu.
"Saya sangat menyesal kerana tidak menanyakan hal itu..pada pengamatan saya ia seperti tidak penting, namun sehingga kini masih bertubi-tubi pertanyaan itu berlegar di kepala saya," kata gadis kelahiran Palembang itu.
Sebelum gambar sayap pesawat di muat naik, Widya berkata Nisa pada kebiasaan menggunakan profile teman lelakinya.
"Nisa seorang yang tidak malu berkongsi cerita tentang kisah hidupnya mengakui dia amat menyayangi teman lelakinya yang tinggal di Surabaya dan Widya musykil jika Nisa ada masalah dengan teman lelakinya sehingga sanggup menukar gambar profil pada bbmnya".
Jelas Widya, meskipun Nisa sibuk bertugas sebagai pramugari, gadis kecil molek itu tidak pernah melupakan rakan-rakannya di Palembang. Sikap rendah diri Nisa sentiasa menjadi bualan.
"Jujurnya Nisa tidak pernah sesekali melupakan teman rapatnya, apatah lagi dengan kawan sama sekolah mahupun universiti". Bukan itu sahaja, tetapi Nisa juga seorang yang hormat dengan sesiapa sahaja, tidak mengenal usia, pangkat atau kedudukan.
Dengan rendah diri Widya memberitahu Nisa seorang yang tidak pernah dengki kepada sesiapa apatah lagi cemburu akan kejaayan kawan rapatnya.
Widya yang tinggal tidak jauh dari rumah Nisa berkata, kali terakhir mereka bertemu adalah pada tanggal 7 November, 2014, ketika itu mereka sedang berhibur dan dengan tiba-tiba Nisa mengajaknya untuk mengambil gambar bersama.
"Saya tolak ajakan Nisa, saya sibuk ketika itu dan dia sentiasa mengingatkan saya untuk mengambil gambar berdua dengannya, sampai saat saya terlupa terus untuk berbuat demikian".
Jika diberi kesempatan kata Widya, dia mahu mengulangi kenangan manis itu bersama Nisa, Allah s.w.t maha penyayang, kesempatan itu hanya datang sekali sahaja dan tidak sama sekali akan berulang.
"Saya ingat saya akan bertemu dengannya, tapi itu hanya mimpi dan khayalan sahaja", hanya titis air mata dan doa mengiringi permergian Nisa".
Nyata, realiti berat untuk ditelan, tidak mudah bagi gadis ini melupakan segala kenangan pahit manis bersama Nisa, yang diibaratkannya seperti keluarga, lebih dari segalanya.
"Jika diberikan satu kali mukjizat dari yang Maha Esa, saya mahu bertemu dengannya, perkara pertama adalah hanya mahu bersamanyanya, berkongsi kegembiraan bersama-sama.
Khairunisa Haidar Fauzi, bekas pejara jurusan undang-undang di salah sebuah universiti terkemuka di Palembang mula menyertai Air Asia Indonesia sejak 2013.
Beliau lahir pada 11 Mei 1992 di Palembang dan merupakan anak ketiga dari tiga orang adik-beradik.
Lebih mesra dikenali sebagai Nisa Fauzie, dia merupakan seorang daripada tujuh krew pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 yang disahkan terhempas di Selat Karimata.
Malissa Sahari
Wed Dec 31 2014
Pramugari pesawat malang QZ8501 memuat naik foto sayap pesawat sebelum berlakunya tragedi.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Lima cedera dalam tembakan di luar kelab malam di Washington
Lima cedera dalam insiden tembakan di luar sebuah kelab malam di Washington, Amerika Syarikat pada lewat Jumaat.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
AirAsia tawar tambang promosi lapan jam ke Almaty
Tambang promosi boleh ditempah melalui aplikasi airasia Superapp atau laman web untuk tempoh perjalanan bermula 14 Mac hingga 26 Okt, 2024.