awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
Serangan AS ke atas Venezuela cetus duluan berbahaya - Ketua PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Enam sekolah di Kelantan belum sedia mulakan sesi persekolahan

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/01/2015
08:14 MYT
Enam sekolah di Kelantan belum sedia mulakan sesi persekolahan
Beberapa buah sekolah memerlukan masa untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan akibat dilanda banjir. - Gambar fail
Meskipun keadaan sekolah yang terjejas akibat banjir di Kelantan belum pulih 100 peratus namun sesi persekolahan tetap dimulakan hari ini.
Daripada 591 buah sekolah rendah dan menengah yang memulakan sesi persekolahan, hanya enam yang belum boleh memulakan operasi iaitu tiga dari jajahan Gua Musang dan tiga lagi dari jajahan Kuala Krai.
Pengarah Pendidikan Negeri, Hussain Awang berkata sekolah-sekolah itu masih ditutup kerana kerja pembersihan tidak dapat dilakukan lantaran jalan perhubungan ke sekolah berkenaan terputus.
Sehubungan itu, beliau berkata enam sekolah tersebut akan memulakan sesi persekolahan secepat mungkin sejurus kerja-kerja pembersihan selesai.
“Bagi yang ditangguh sesi persekolahan, kita akan cuba bersihkan hari ini. Kalau selesai hari ini, besok boleh sekolah.
“Kalau tak selesai juga hari ini, mungkin besok terpaksa ditutup lagi,” ujar Hussain yang menambah pihaknya akan memantau perkembangan kerja-kerja pembersihan setiap hari.
Sekolah di jajahan Kuala Krai ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong, Sekolah Kebangsaan (SK) Dabong dan SK Kemubu.
Di jajahan Gua Musang pula, sekolah yang ditangguh sesi persekolahan ialah SK Pasir Tumboh, SK Tohoi dan SK Bihai.
Tinjauan Astro AWANI ke SK Kampung Laut yang dilanda banjir teruk baru-baru ini mendapati ada dalam kalangan pelajar tidak memakai pakaian seragam sekolah kerana pakaian mereka sudah rosak ataupun dihanyutkan banjir.
“(Saya tidak memakai seragam sekolah) sebab banjir teruk di rumah. Lepas tenggelam, memang habis rosak harta benda rumah saya. Pakaian sekolah tenggelam juga. Kasut pun hanyut entah ke mana,” ujar seorang murid, Mohd Akmal Nazuan.
Topic Berkaitan
#banjir
#Gua Musang
#Kelantan
#kerja pembersihan
#Kuala Krai
#lumpur
#Sekolah tangguh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan