awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
Pendidikan awal: KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid, tumpu persiapan maksimum
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jambatan menghubungkan Gua Musang dan Jeli runtuh

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2014
02:53 MYT
Jambatan menghubungkan Gua Musang dan Jeli runtuh
Ekoran kejadian, lebih 300 penduduk di Kampung Pulau Setelu dan Kampung Star bergadai nyawa apabila terpaksa berulang-alik menggunakan bot. -Gambar fail
Sebuah jambatan sepanjang 1 kilometer di Kampung Pulau Setelu, Gua Musang, Kelantan runtuh selepas dihanyutkan arus deras Sungai Nenggiri yang melepasi paras jambatan dalam kejadian banjir 23 Disember lalu.
Keadaan tersebut menyebabkan pengguna jalan Gua Musang ke Jeli terputus hubungan.
Ekoran kejadian, lebih 300 penduduk di Kampung Pulau Setelu dan Kampung Star bergadai nyawa apabila terpaksa berulang-alik menggunakan bot.
Menurut beberapa penduduk yang ditemui, mereka menyedari jambatan itu runtuh hanya dua hari kemudian setelah air banjir yang melimpahi jambatan tersebut surut sepenuhnya.
“Jambatan ini merupakan perhubungan utama anak-anak ke sekolah dan orang kampung. Jadi saya minta kepada pihak kerajaan agar mengambil tindakan secepat yang mungkin,” kata seorang penduduk, Muhamad Khalid Mat Zali.
“Inilah kejadian paling dahsyat pernah berlaku di kampung saya. Saya tengok dalam TV, tapi tak sedahsyat ni. Memang sekejap saja, tapi bila dah berlaku, cukup dahsyat sampai tak tahu nak buat apa,” kata Muhamad bin Mohd Zain, 38.
Dalam pada itu, beberapa jalan lain antaranya Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Gua Musang-Lojing-Cameron Highlands dan Gua Musang-Kuala Lipis juga terputus akibat banjir.
Dalam perkembangan lain, penduduk di daerah Gua Musang juga berdepan saat genting apabila kekurangan bekalan makanan, ketiadaan kemudahan asas dan jalan perhubungan yang terputus akibat bencana banjir sejak seminggu lalu.
Walau bagaimanapun, bekalan elektrik dan air di daerah ini kembali pulih sejak dua hari lalu.
Topic Berkaitan
#arus deras
#Gua Musang
#jambatan runtuh
#jeli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan