Berikutan banjir buruk yang melanda negeri Kelantan hingga menyebabkan terputus bekalan makanan di kebanyakan tempat, ada beberapa penduduk bertindak memecahkan kedai untuk mendapatkan makanan.
Tinjauan Astro AWANI di beberapa buah kedai termasuk pasaraya di Wakaf Che Yeh dipecah masuk beberapa hari lalu ketika air banjir melimpahi kawasan tersebut.
Menurut Penyelia Pasaraya Ceria, Ti Boon Mai, premisnya dipercayai mula dipecah masuk sekitar Sabtu lalu dan kebanyakan barangan keperluan dan makanan habis dicuri.
“Keadaan dalam kedai tersebut habis barang diambil orang. Banyak barang yang tiada antaranya Milo, susu dan lampin pakai buang. Memang ada orang pecah masuk melalui pintu depan dan belakang yang pecah pada Sabtu sewaktu air masih belum surut.” luah Ti Boon Mai.
Katanya kerugian masih belum dapat dipastikan, namun beliau percaya ianya melebihi RM80,000.
Turut menerima nasib sama, sebuah kedai barangan kesihatan yang berdekatan.
Menurut pemiliknya, Sofian Mohamed kedainya dipercayai mula dipecah masuk ketika air meliputi kawasan Wakaf Che Yeh yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan.
Habis kesemua barangan jualannya termasuk barangan elektrik dicuri.
“Mungkin dipecah masuk oleh orang kerana hampir 90 peratus barangan makanan dan elektrik tiada yang dianggarkan lebih RM90,000.” luah Sofian Mohamed.
Beliau yang tidak menyangka barangan elektrik dan barangan kesihatan turut dicuri menanggung kerugian lebih RM90,000 selain kemusnahan akibat banjir.
Selain kecurian di kedai runcit, pasaraya dan kedai 24 jam, kereta milik mangsa banjir yang dipakir di jalan turut dirosakkan selain berlaku kecurian kenderaan.
Mangsa banjir yang ditemui di kawasan ini menjelaskan, beberapa buah kenderaan milik penduduk turut dicuri.
Banjir yang melanda Kota Bharu hari ini mulai surut dengan hampir kesemua jalan dalam bandar tersebut boleh dilalui.
Namun kesan lumpur serta sampah sarap kelihatan di sepanjang jalan selain kemusnahan harta benda.
Banjir yang membawa lumpur memusnahkan barangan perabot, sofa, dan sebagainya selain kerosakan lain yang berlaku.
Hampir kesemua kawasan dalam bandar yang dinaiki air disaluti lumpur.
Sementara itu, Kerajaan Negeri Kelantan dalam satu kenyataan memaklumkan kerajaan negeri menubuhkan satu Jawatankuasa Task Force Pasca Banjir peringkat negeri yang dipengerusikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Jawatankuasa ini akan mendaftarkan mangsa banjir dan membuat penilaian awal kerosakan harta benda yang dialami oleh mangsa banjir.
Selain itu katanya kerajaan negeri juga melancarkan tabung bencana banjir yang dikenali sebagai Tabung Amanah Bencana Banjir Kelantan.
Muhafandi Muhamad
Mon Dec 29 2014
Sudahlah banjir, kedai dan rumah dipecah masuk, luah penduduk
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
14 maut, puluhan cedera dalam runtuhan papan iklan di India
Sekurang-kurangnya 14 terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera pada Isnin selepas papan iklan tumbang semasa cuaca buruk di ibu kota kewangan India, Mumbai.
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
Malaysia yakin capai 50 peratus tahap sara diri sektor daging 2030 - Mohamad Sabu
Negara yakin capai sasaran 50 peratus tahap sara diri (SSL) bagi sektor daging lembu menjelang 2030, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.
UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia
Pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.
Bekas Pegawai tinggi Pertubuhan Peladang didakwa rasuah
Seorang pegawai hal ehwal ekonomi Lembaga Pertubuhan Peladang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh kerana didawka menerima suiapan dan membuat tuntutan palsu RM64,550 sejak empat tahun lalu.
Bakal jemaah terkandas, kerajaan, TH cari jalan penyelesaian terbaik
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Lembaga Tabung Haji (TH) masih dalam proses mencari jalan terbaik bagi membantu menyelesaikan isu melibatkan sekumpulan bakal jemaah Malaysia terkandas.
Angka kematian akibat bencana alam terburuk di Brazil meningkat kepada 143
Institut Meteorologi Kebangsaan meramalkan hujan lebat akan berterusan sehingga Isnin di negeri paling selatan Brazil itu.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
22 maut, 7 cedera, 2 hilang selepas banjir landa Sumatera Barat
Operasi menyelamat masih diteruskan di mukim terjejas termasuk Canduang, Sungai Pua dan Koto susulan hujan lebat pada 9 malam waktu tempatan.
Korban banjir Brazil meningkat kepada lebih 100 orang
Angka kematian akibat banjir di negeri Rio Grande do Sul di selatan Brazil telah meningkat kepada 107 orang, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis selepas tujuh lagi kematian dicatatkan.
Kuda terperangkap atas bumbung akibat banjir
Keberadaan kuda yang terperangkap sekurang-kurangnya 24 jam itu menjadi tular apabila imejnya yang berada di atas bumbung itu disebarkan.
20 ekor anjing terperangkap akibat banjir
Kira-kira 20 ekor anjing terperangkap dalam sebuah bangunan di negeri paling selatan Brazil di Rio Grande do Sul, mendorong sukarelawan penyelamat untuk menyertai menyelamatkan mereka pada Rabu.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
300 penduduk Kota Tinggi ditempatkan di PPS akibat banjir
Seramai 300 penduduk daripada 69 keluarga di daerah ini ditempatkan di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka akibat banjir yang berlaku tengah hari tadi.
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.