Sebanyak 18,350 syarikat Malaysia berdaftar dengan pangkalan data pengeksport Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Jacob Dungau Sagan.

"Bagi menjadi ahli Matrade, mereka yang berminat boleh mendaftar secara online, tanpa apa-apa kos."
"Saya menyeru syarikat-syarikat yang mengeskport atau bersedia mengeksport supaya berdaftar dengan Matrade," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran seminar "Produk Inovatif dan Penyelesaian Teknologi bagi Para Usahawan dan Pengeksport" di Kuala Lumpur.

Beliau juga menyeru syarikat yang kini berdaftar dengan Matrade supaya mengemas kini profil masing-masing, terutama sekali mengenai produk dan perkhidmatan, alamat emel dan orang yang boleh dihubungi, bagi membolehkan pembeli antarabangsa menilai gerbangnya.