Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
Beliau, yang menerima aduan itu melalui khidmat pesanan ringkas dan aplikasi WhatsApp, berkata kerajaan memandang serius perbuatan tidak bertanggungjawab itu kerana pelaksanaan GST bukan bertujuan untuk membebankan rakyat.
"Mereka sudah tahu jika sekarang sebagai contoh pakaian dikenakan cukai sebanyak 10 peratus, maka mereka naikkan harga sekarang kerana GST yang akan dikenakan hanya pada kadar enam peratus," katanya kepada pemberita selepas merasmikan MOF Merdeka Dive 2014 di sini hari ini.
"Ini yang kita kesalkan, pelaksanaan GST tidak seharusnya membebankan rakyat untuk membeli barangan keperluan, tetapi sudah ada di antara mereka yang menaikkan harga barangan terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan," katanya.
Ahmad berkata pelaksanaan GST tidak akan memberi kos tambahan kepada peniaga malah kos akan menjadi lebih rendah dan cukai input mereka juga boleh dituntut semula berbanding sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
"Maka GST itu nanti bukan kos baru untuk mereka dan ini tidak boleh dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang," katanya.
Kesal dengan situasi tersebut, Ahmad meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya segera memantau perkara berkenaan dan mengambil tindakan terhadap peniaga yang tidak bertanggungjawab.
Beliau juga menasihatkan rakyat agar menambah ilmu kewangan dan kepenggunaan mereka, dan menggunakan kuasa pengguna mereka dengan memboikot peniaga yang menaikkan harga sewenang-wenangnya.
Bernama
Thu Sep 11 2014
AHMAD MASLAN: Ada peniaga menaikkan harga sebelum pelaksanaan GST. - Foto Fail
DUN lama Sarawak jadi pusat seni ala Royal Albert Hall London
Sarawak memperuntukan RM250 juta untuk mengubah siuai bangunan DUN lama kepada pusat seni bertaraf dunia.
Enam lelaki ditahan bersama 2kg dadah bernilai RM120,000
Enam lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan bersama dua kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Indera Sabah, Tawau pada Rabu.
Pengumuman kenaikan gaji suntik semangat, ringankan beban
Penjawat awam di sekitar Kota Kinabalu menyifatkan pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat dinanti-nantikan dan membantu meringankan beban kewangan mereka.
Sarawak angkat inisiatif ke pentas global
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan menghadiri pelbagai forum di peringkat serantau dan global, bagi memastikan mesej ini dapat dijayakan.
Tiga RUU akan dibentang di DUN Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak akan membentangkan tiga RUU berkaitan perhutanan, pelabuhan dan SUKMA 2024 akan dibentang pada sidang DUN Sarawak pada 6 Mei depan.
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menerima kira-kira 50 ribu permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Pantau Agenda Reformasi: Gaji progresif & potensi anak muda
Kita bersama Dr Mohd Fauzi Fadzil, Exco Majlis Belia Malaysia bagi pernciannya,
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Amazon mohon maaf, akui pekerja terpaksa buang air kecil dalam botol kerana sibuk bekerja
Beberapa media kemudian mendedahkan ramai pekerja Amazon mendakwa mereka tidak mempunyai banyak pilihan selain menggunakan botol plastik.
Kempen beli barang tempatan pasca PKP
Menyedari keperluan untuk menaikkan kembali ekonomi tempatan, satu kempen menggalakkan orang ramai menguatkan ekonomi tempatan dijalankan.
PKP Fasa 4 benarkan keluar berdua untuk beli barang keperluan
Kebenaran tersebut diwartakan pada 28 April 2020 dan dimuat naik di laman web gazet persekutuan.
IKEA Malaysia lanjutkan polisi pemulangan kepada 365 hari
Peralihan itu adalah disasarkan bagi memberikan pelanggan fleksibiliti yang lebih besar apabila membuat pembelian di IKEA.
Jumlah barangan kena cukai bawah SST 2.0 lebih kecil berbanding GST, SST 1.0
Menurut Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subromaniam Tholasy, bagi cukai jualan, majoriti barang-barang akan dikenakan sifar cukai.
Ada peniaga menaikkan harga sebelum pelaksanaan GST - Ahmad Maslan
Sesetengah peniaga dilaporkan menaikkan harga barang sekarang kerana menjangka beberapa barangan bakal mengalami penurunan harga setelah GST dilaksanakan mulai 1 April tahun depan.
Kerajaan kaji cadangan "Hari Pasar Borong" sehari seminggu
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ia membolehkan faedah harga borong dapat dinikmati pengguna dan peruncit biasa.
Tesco labur RM2.3 juta turunkan harga 18 barangan makanan segar
Harga Tesco membolehkan para pelanggan menikmati harga rendah sehingga 37 peratus bagi produk keperluan segar.