KUALA LUMPUR: Asia Digital Engineering (ADE) berada dalam kedudukan yang baik untuk pertumbuhan yang pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang berikutan pelan sedang dilaksanakan untuk mewujudkan kemudahan hangar penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Mahesh Kumar.
ADE merupakan anak syarikat kejuruteraan dan penyelenggaraan Capital A Bhd (Capital A).
Mahesh menyatakan keyakinannya bahawa pendapatan akan meningkat dua kali ganda pada 2025 dan pertumbuhan yang progresif selepas itu.
Kemudahan hangar baharu itu, seluas 8.19 hektar, sedang dibina dalam dua fasa, dengan Fasa 1 dijadualkan siap pada Mei 2024 dan beroperasi pada Ogos manakala Fasa 2 akan menyusul, dengan kesediaan operasi dijangka pada Oktober ini.
Mahesh Kumar memberitahu kemudahan hangar itu akan turut menyaksikan Fasa 3 selepas Fasa 2 siap dan syarikat mempunyai hak untuk memperoleh penawaran terlebih dahulu dengan Malaysia Airports Holdings Bhd untuk tanah seluas 2.07 hektar berhampiran kemudahan itu di KLIA.
"Kerja ujian tanah telah bermula (untuk fasa 3) dan kami merancang untuk memulakan pembinaan selepas fasa kedua siap, menjangka siap pada akhir 2026," katanya kepada Bernama.
Mahesh berkata Fasa 3 kemudahan hangar itu akan menempatkan empat lagi barisan pesawat kecil.
Kemudahan hangar baharu akan membawa perubahan besar
Selepas siap Fasa 1 dan 2, kemudahan hangar itu akan menjadikan ADE penyedia perkhidmatan MRO terbesar di Malaysia dan antara terbesar di rantau ini.
Mahesh berkata kemudahan hangar baharu itu akan memberikan fleksibiliti kepada ADE untuk menyelenggara pesawat besar seperti jenis A330 dan B737.
Direka dalam bentuk 'L' atau boomerang, kemudahan itu akan membolehkan penggunaan tanah yang maksimum dan lebih banyak ruang di hangar.
Ia terdiri daripada dua bahagian utama, Hangar A (Fasa 1), yang boleh menempatkan pesawat kecil dan pesawat besar manakala Hangar 2 (Fasa 2) direka khusus untuk pesawat kecil.
Kemudahan itu boleh menempatkan 14 pesawat kecil atau gabungan lapan pesawat kecil dan dua pesawat besar secara serentak.
"Laluan baharu akan dibina untuk memudahkan pergerakan pesawat ke dan dari hangar tersebut," katanya.
Mahesh berkata pelaburan berjumlah US$100 juta (US$1 = RM4.72) yang diraih daripada OCP Asia Ltd pada tahun lepas untuk membina dan mengendalikan hangar baharu yang juga mencukupi untuk membina Fasa 3.
Pada masa ini, ADE mempunyai hangar dengan empat ruang di Subang dan hangar dengan dua ruang di Senai, Johor Bahru serta kemudahan penyelenggaraan satu ruang di KLIA.
Pelan pengembangan sedang dijalankan
Mahesh berkata syarikat merancang operasi penyelenggaraan di Filipina, Indonesia, Kemboja dan Thailand.
Beliau berkata operasi di Filipina dan Kemboja dijangka bermula pada separuh pertama 2024 manakala Indonesia dan Thailand pada separuh kedua tahun ini.
Katanya ADE telah mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa penerbangan masing-masing untuk menyelenggara pesawat dari Thailand, Filipina, Kemboja, Nepal dan Indonesia dan menyasarkan kelulusan daripada lebih banyak negara untuk mengembangkan operasinya.
Mahesh berkata mendapat kelulusan bagi organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA) pada November lepas merupakan jaminan terbesar untuk membawa perniagaan kepada tahap yang lebih tinggi.
"Dengan kelulusan EASA, kami menyasarkan untuk memberikan perkhidmatan kepada lebih banyak negara asing.
"Walaupun kemudahan hangar baharu itu belum siap sepenuhnya, slot telah ditempah untuk akhir tahun ini.
"Justeru, paling awal untuk memasuki pasaran asing ialah tahun depan," katanya.
Pada 7 Dis 2023, ADE mencatatkan pemeriksaan C (C-Check) pesawat ke-100, pemeriksaan penyelenggaraan yang komprehensif, dalam tempoh dua setengah tahun, suatu rekod sejak penubuhan syarikat itu pada September 2020.
Potensi untuk penyenaraian di Bursa Malaysia
Sementara itu, Mahesh berkata terdapat potensi untuk ADE disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa depan.
"Sudah tentu, kami berhasrat untuk menyenaraikan ADE," katanya tanpa menyebut tempoh untuk penyenaraian itu.
Beliau turut berpendapat kemudahan hangar baharu itu dijangka akan mempercepat potensi proses penyenaraian berikutan pendapatan akan meningkat selepas ADE memulakan operasi di KLIA.
"Dari segi pelan penyenaraian, Capital A mempunyai pelbagai perniagaan di bawah portfolionya yang mempunyai potensi penyenaraian.
"Kumpulan perlu mengimbangi keutamaan antara strategi pertumbuhan setiap perniagaan dan pembiayaan serta menilai tempoh penyenaraian yang sesuai untuk memaksimumkan nilai pemegang saham, Justeru, kita lihat perkembangannya," katanya.
ADE bersedia ke arah transformasi digital
Berdasarkan pendigitalan menjadi faktor penting kepada kemampanan perniagaan, Mahesh berkata ADE turut bersedia untuk transformasi revolusioner dan peralihan kepada automasi dalam kemudahan hangar baharu itu.
Dalam landskap operasi syarikat penerbangan yang kompetitif, beliau menegaskan perkhidmatan MRO memainkan peranan penting dalam memastikan keupayaan pesawat untuk beroperasi secara baik dan kecekapan operasi, memerlukan dua keperluan asas daripada penyedia MRO - kos terendah dan masa pemulihan yang paling cepat.
"Bagaimana kita mahu mencapainya? Tiada cara lain. Kita perlu beralih kepada pendigitalan. Kita perlu mengautomasikan banyak proses tetapi, sudah tentu, keselamatan dan piawaian dikawal oleh pihak berkuasa, selain memastikan semuanya semudah mungkin tanpa menjejaskan keselamatan dan kelayakan terbang pesawat," katanya.
Mahesh berkata ADE telah membangunkan penyelesaian ramalan dan pencegahan, ELEVADE FLEET, yang 100 peratus secara langsung untuk kumpulan pesawat AirAsia.
Beliau berkata sistem itu menawarkan keupayaan penyelenggaraan ramalan dan pencegahan, analisis lanjutan, pengesanan kumpulan pesawat dan pemantauan kabin selain memudahkan pemantauan dan menyediakan penyelesaian pada masa nyata untuk keadaan pesawat.
"Pada masa ini, ia di peringkat percubaan dengan beberapa syarikat penerbangan," katanya.
Katanya ADE telah membangunkan AEROTRADE, pasaran penerbangan yang pertama di Asia, sekali gus menjadikannya pelopor dalam perolehan penerbangan.
Mahesh berkata platform itu telah menarik lebih 150 syarikat penerbangan, MRO, pengedar, pengeluar peralatan asli, ejen dan stokis di seluruh dunia, dengan inventori bernilai lebih US$244 juta khusus untuk jenis pesawat Airbus dan Boeing.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 24 2024
Ketua Pegawai Eksekutif Asia Digital Engineering Sdn Bhd (ADE) Mahesh Kumar ditemui di Subang baru-baru ini. - Foto Bernama
BN mahu beri sumbangan dominan pada PRU16 - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) mahu menjadi parti yang dapat memberikan sumbangan besar dan dominan pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Pengerusinya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
ADE jangka pendapatan meningkat dua kali ganda dengan kemudahan hangar baharu di KLIA
Asia Digital Engineering (ADE) berada dalam kedudukan yang baik untuk pertumbuhan yang pesat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Asia Digital Engineering bina kemudahan MRO pesawat di KLIA Aeropolis
Pembangunan ini akan bermula pada pertengahan tahun 2022 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.