KUALA LUMPUR: AEON Bank (M) Bhd, satu daripada lima pemegang lesen perbankan digital di Malaysia, bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024, kata Ketua Pegawai Eksekutif Raja Teh Maimunah Raja Abdul Aziz.
Beliau berkata bank digital Islam pertama di Malaysia itu menyasar untuk menarik terutama pengguna celik teknologi dan Generasi Z, serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang kini kurang mendapat perkhidmatan kerana saiznya.
Bank itu akan memulakan operasi dengan menawarkan akaun simpanan dan transaksi berkaitan untuk individu.
"Kami akan (seterusnya) melancarkan produk berdaya maju yang minimum. Apabila kami semakin mencapai kemajuan, produk tambahan dan pilihan pembiayaan pula akan menyusul," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual hari ini.
Beliau berkata Aeon Bank telah melakukan ujian beta dalam kalangan pekerja untuk memastikan aplikasinya mesra pengguna dan boleh diterima oleh pengguna daripada semua lapisan masyarakat.
"Pendigitalan adalah jalan menuju kemajuan atau penyelesaian kepada masalah tertentu. Lebih ramai orang telah belajar menggunakan perbankan dalam talian (dan) kita perlu terus mendorongnya, dan pada masa yang sama, mengurangkan transaksi tunai yang sukar," katanya.
Malaysia telah mencapai kemajuan yang baik dalam aspek ini, dan usaha itu perlu dimajukan lagi, katanya.
Manfaatkan jurang pendanaan RM90 bilion
Bagi segmen perniagaan pula, Raja Teh Maimunah berkata bahagian itu akan dilancarkan pada 2025.
AEON Bank menyasar untuk memanfaatkan jurang pendanaan RM90 bilion di antara syarikat besar dengan PMKS, katanya.
"Ini boleh jadi perniagaan seperti kedai TikTok atau Instagram. Itulah segmen sasaran kami, dan sejajar dengan peranan kami dalam memberi perkhidmatan kepada golongan yang kurang mendapat perkhidmatan, yang merupakan mandat kami.
"Perniagaan itu tidak boleh mengakses pendanaan melalui bank tradisional atau kaedah peminjaman kerana penilaian kredit perlu dilakukan secara berbeza," katanya.
Beliau berkata oleh itu sumber data yang berbeza perlu diteliti dan hal itu hanya boleh dilakukan oleh platform digital.
"Jadi, menjelang tahun depan, kami akan menangani jurang ini," katanya.
Raja Teh Maimunah berkata pihaknya sedang giat melaksanakan ciri Apple Pay, yang merupakan sistem pembayaran digital oleh Apple Inc, di samping merancang untuk melancarkan kad debit pada akhir tahun ini.
AEON Bank dimiliki bersama AEON Financial Service Ltd dan AEON Credit Service (M) Bhd, kedua-dua anak syarikat kumpulan runcit terbesar Jepun, AEON Group.
AEON Group Malaysia, sebahagian daripada AEON Group, telah menjadi jenama isi rumah selama 40 tahun, memberikan akses kewangan dan runcit harian kepada pengguna.
Selain Aeon Bank, sebuah konsortium yang diterajui KAF Investment Bank Sdn Bhd turut memperoleh lesen bank digital Islam daripada Bank Negara Malaysia.
Tiga lagi yang memenangi lesen perbankan digital ialah konsortium Boost Holdings Sdn Bhd dan RHB Bank Bhd, konsortium yang diketuai GXS Bank Pte Ltd dan Kuok Brothers Sdn Bhd, dan konsortium yang diketuai oleh Sea Ltd dan YTL Digital Capital Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 21 2024
AEON Bank akan memulakan operasi dengan menawarkan akaun simpanan dan transaksi berkaitan untuk individu.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilionberbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
AEON Bank mulakan operasi digital Islam pada suku kedua 2024
AEON Bank bersedia untuk memulakan operasi dan melancarkan aplikasi perbankannya pada akhir suku kedua 2024.