KUALA LUMPUR: Agensi pemudah cara kerajaan bagi sektor perniagaan perlu terus bersedia untuk membantu kalangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mempertahankan pemulihan yang telah dicapai pada tempoh pasca-pandemik.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata agensi terbabit seperti Syarikat Jaminan Pembiayaan Perniagaan Berhad (SJPP) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC), secara kolektif dapat membantu dalam memastikan PMKS Malaysia yang juga nadi ekonomi negara, untuk terus menyesuaikan diri serta maju dalam landskap ekonomi yang sentiasa berubah.
Beliau menegaskan, ini penting memandangkan Malaysia dijangka berdepan banyak cabaran dalam suku keempat serta 2023 akibat faktor seperti perang di Ukraine yang berterusan, dasar sifar COVID-19 China, pendekatan bank pusat atau Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) menaikkan kadar faedah bagi menangani inflasi serta gangguan rantaian bekalan.
"'Walau apa cabaran sekali pun, seperti yang telah terbukti ketika zaman pandemik, Insya-Allah kita akan dapat mencapai keberhasilan positif melalui usaha sama kita membantu sektor perniagaan untuk bertahan dan bangkit semula,'' katanya dalam ucap tama pada majlis pemeteraian kerjasama antara CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dengan SJPP dan CGC di sini, hari ini.
Menyentuh Bajet 2023, Tengku Zafrul berkata kerajaan akan terus memberi tumpuan mewujudkan persekitaran perniagaan yang kondusif, mencapai ketahanan serta daya saing yang tinggi melalui penerapan teknologi yang inovatif.
Malah, pada masa sama, kerajaan akan turut menaik taraf pembangunan modal insan serta tenaga kerja PMKS negara ini, kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 26 2022
Tengku Zafrul menyampaikan ucaptama pada majlis pemeteraian kerjasama antara CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd dengan SJPP dan CGC di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Kempen pemasaran dilakukan sepenuhnya Unifi Business - Usahawan
Athirah berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan Digital Marketing Solution (DMS) oleh Unifi Business yang membantu kempen pemasaran.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
MATRADE tingkat pemasaran digital, penjenamaan global PMKS Sarawak
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menganjurkan program penanda aras bagi syarikat peringkat pertengahan (MTC).
Kementerian Digital, KUSKOP bekerjasama rangka dasar bantu PMKS guna pendigitalan
Kementerian Digital sedang berbincang dengan KUSKOP untuk bekerjasama merangka dasar baharu bagi membantu PMKS menerima guna pendigitalan dalam perniagaan mereka.
Kejayaan syarikat pemula Clever Desk bermula dengan DMS oleh Unifi Business
Unifi Business memainkan peranan penting dengan membantu lebih daripada 400,000 PMKS di seluruh negara.
Unifi Business galak PMKS tempatan manfaatkan teknologi digital
Unifi Business terus melangkah maju dalam usaha memperkasakan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) di Malaysia.
PMKS Malaysia harus diperkasakan dengan AI, teknologi digital - Gobind
Ia boleh mendorong mereka untuk beralih ke arah model perniagaan baharu yang dapat mengoptimumkan operasi dan meningkatkan potensi ekonomi.
Belanjawan 2025: Beri insentif syarikat PMKS patuhi dasar gaji minimum
Katanya, walaupun kenaikan gaji minimum memberi manfaat kepada pekerja, ia juga bawa kesan dari sudut mikro dan makro ekonomi.
TVET mampu lonjak produk PMKS ke pasaran global - Penganalisis
Pengusaha Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) perlu bekerjasama dengan pemain industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dalam menghasilkan produk berkualiti.
Penggabungan tiga bank utama masih dalam proses - PM Anwar
Itu antara syarat-syarat yang ditekankan oleh Bank Negara yang memantau soal penggabungan.