MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 September 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 6 September 2025.
Siasatan awal mengenal pasti modus operandi baharu sindiket, iaitu mengubah suai peralatan Fake BTS untuk beroperasi secara mudah alih.
Jojo Ghazali kembali bangkit di ONE Fight Night 35, tumbangkan Zakaria El Jamari menerusi KO dalam masa dua minit di Bangkok.
Penahanan lelaki berusia 47 tahun itu dibuat kira-kira jam 10.25 malam pada Jumaat.
Jabatan Peguam Negara tidak bercadang mendakwa individu lain berhubung kes kematian pelajar Tingkatan Satu, Zara Qairina Mahathir, sehingga prosiding inkues di Mahkamah Koroner selesai.
Prestasi sistem pelaksanaan bantuan penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini berjalan dengan baik dan lancar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bintang Selangor, Faisal Halim, terkeluar daripada perancangan ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, menjelang perlawanan persahabatan bertemu Palestin Isnin ini.
Polis mengesahkan membuka siasatan susulan laporan daripada pakar patologi forensik, Dr Jessie Hiu, yang menjadi saksi dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir selepas menerima ugutan di media sosial.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengimbau kembali peristiwa Demonstrasi Baling 1974 yang menyebabkan beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 di Kamunting, Perak.
Skuad Bawah 23 Tahun (B-23) negara menghidupkan peluang ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2026 selepas membelasah Mongolia 7-0 pada aksi kedua Kelayakan Kumpulan F di Stadium Thammasat, Pathum Thani, Thailand, hari ini.
Perikatan Nasional (PN) mengesahkan telah mengenal pasti calon Ketua Menteri Sabah sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka berlangsung dalam masa terdekat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami