KUALA LUMPUR: Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) mengumumkan agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2024, yang akan dibayar pada 15 April, 2024.
Dalam kenyataan bersama hari ini, pihak AHB, Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) dan Maybank Asset Management Sdn Bhd (MAM) berkata agihan itu turut membabitkan pengagihan pendapatan asas sebanyak 2.20 sen seunit dan agihan bonus sebanyak 0.30 sen seunit.
Pembayaran bonus dibuat oleh PHB selaku penaja AHB dan akan dibayar kepada 1,000,000 unit pertama yang dimiliki oleh setiap pemegang unit.
"AHB akan membuat pembayaran berjumlah RM116.6 juta kepada kira-kira 80,000 pemegang unit untuk agihan pendapatan kali ini. Pendapatan pemegang unit tidak hanya dikecualikan daripada cukai, tetapi juga telah dizakatkan.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PHB Mohamad Damshal Awang Damit berkata agihan itu menunjukkan strategi pelaburan kumpulan itu yang kukuh dalam menguruskan portfolio hartanah.
"Kami secara strategik membina portfolio AHB kepada RM20 bilion menjelang 2030 dengan secara selektif memperoleh hartanah yang menghasilkan pendapatan serta mengambil bahagian dalam pembangunan hartanah dalam sektor sasaran seperti penjagaan kesihatan, industri dan pendidikan," katanya.
Selain itu, Mohamad Damshal berkata hampir keseluruhan daripada satu bilion unit tambahan AHB yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Oktober 2023, telah dilanggan.
Ini, kata beliau, membuktikan kepentingan dana pendapatan AHB yang stabil dan dipercayai oleh pelabur, terutamanya dalam merancang portfolio pelaburan keseluruhan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) umum agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2024.
TikTok Shop bolehkan pembeli pulang barangan yang dibeli kerana 'ubah fikiran'
TikTok Shop turut menyatakan akan melindungi penjual, dan akan menghalang pengguna atau pelanggan yang menyalahguna ciri baharu ini.
Lelaki diserang sawan langgar tiang hospital
Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika pemandu kereta jenis Proton Saga 1.3 mengalami sawan.
AWANI Pagi: Hari TVET Negara 2024
Bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2024, ikuti siaran luar #AWANIPagi jam 8:30 pagi bersama Datuk Norison Ramli, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar, Kementerian Sumber Manusia.
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
Senarai hitamkan Israel adalah satu langkah yang tepat - PBB Palestin
Kata wakil Palestin ke PBB, Israel telah mengelak dari bertanggungjawab ke atas jenayahnya selama beberapa dekad.
AWANI Ringkas: Tumpuan kini kepada industri bernilai tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mayat wanita kembali bernyawa, sempat hidup semula lima jam
Wanita itu dibawa ke hospital berhampiran, namun menghembuskan nafas terakhir kira-kira lima jam kemudian.
Mohd Na'im berlepas ke Arab Saudi untuk lawatan kerja, tunai haji
Mohd Na'im berkata fokus lawatan kerja kali ini adalah untuk melihat sendiri operasi masyair yang dilaksanakan TH.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [8 Jun 2024
Bersempena dengan sambutan Hari TVET Negara 2024, ikuti siaran luar #AWANIPagi jam 7:30 pagi bersama Dr Mohd Faizal Tokeran, Ketua Sekretariat MTVET.
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
TVET Pilihan Utama Kerjaya #TVET2024
PBB senarai hitam Israel sebagai pesalah global 2023
Wakil PBB Israel Gilad Erdan pula, menyifatkan keputusan itu sebagai satu keputusan yang memalukan.
AS bina semula jeti sementara di Gaza untuk bantuan kemanusiaan
Bantuan kemanusiaan akan dihantar menerusi jeti terapung dalam tempoh beberapa hari.
AHB agih pendapatan interim 2.50 sen, dibayar pada 15 April ini
Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) umum agihan pendapatan interim sebanyak 2.50 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2024.
PM umum penambahan 1 bilion unit Amanah Hartanah Bumiputera
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan penambahan satu bilion unit saham Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk ditawarkan bagi langganan umum.
Amanah Hartanah Bumiputera isytihar pendapatan interim 2.5 sen seunit
Pelaburan Hartanah Bhd dan Maybank AssetManagement Sdn Bhd isytihar pengagihan pendapatan interim Amanah Hartanah Bumiputera sebanyak 2.5 sen seunit bagi tempoh enam bulan berakhir 31 Mac, 2023.
PM lancar 500 juta unit tambahan saham AHB
Perdana Menteri turut mengumumkan 50 unit tambahan percuma kepada 200,000 Akaun Remaja yang baru dibuka bermula Isnin depan.