KUALA LUMPUR: Ahli ekonomi berpendapat penutupan penuh atau total lockdown sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 Jun ini yang diumumkan Pejabat Perdana Menteri adalah langkah sewajarnya untuk menangani lonjakan kes COVID-19.
Sehubungan itu, mereka berpandangan satu lagi pusingan rangsangan ekonomi amat dijangka untuk dilaksanakan, namun secara bersasar dan mengikut tempoh tertentu.
"Dengan mengambil kira kes baharu yang lebih tinggi dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada kapasiti penjagaan kesihatan kita, wujud keperluan mendesak untuk memutuskan rantaian jangkitan itu secepat mungkin," kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid kepada Bernama.
Mengenai sekatan selanjutnya terhadap aktiviti ekonomi di samping ketidaktentuan sepanjang tempoh penutupan penuh itu, beliau berkata pemulihan ekonomi dijangkakan rendah.
Bagaimanapun, beliau berkata peningkatan terhadap permintaan global diyakini akan terus menyokong sektor ekonomi utama seperti pembuatan, manakala industri perkhidmatan dijangkakan menjadi amat terbatas.
"Memandangkan sektor perkhidmatan menyumbang lebih 50 peratus daripada ekonomi, keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia mungkin tidak berkembang pesat ekoran prosedur operasi standard yang tegas dan pergerakan orang ramai yang terhad," katanya.
Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff dari Putra Business School berkata, wujud kebimbangan serta merta kepada individu dan peniaga mengenai impak negatif seperti yang berlaku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0.
"Memandangkan PKP sepenuhnya ini akan diteruskan secara berperingkat yang mungkin berlaku kira-kira enam minggu, ia akan memberikan impak negatif kepada ekonomi seperti yang berlaku pada suku kedua 2020 apabila kita mengalami penguncupan KDNK -17.1 peratus.
"Perkara yang sama akan berlaku terutamanya bagi pertumbuhan suku kedua tahun ini. Sehubungan itu, kerajaan mesti melaksanakan satu lagi pelan bantuan fiskal untuk membantu kumpulan yang terjejas," katanya.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, Shan Saeed berkata ia pastinya satu keputusan yang sukar untuk dilaksanakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Secara jelas, beliau berkata ekonomi menerima tekanan dalam jangka pendek, namun, sebaik sahaja sekatan pergerakan itu tamat, momentum itu boleh dibina semula pada peringkat makro.
"Ini merupakan tukar ganti di antara epidemiologi dan ekonomi. Semua pihak berkepentingan perlu bekerjasama erat untuk memerangi gelombang baharu COVID-19.
"Mendapatkan vaksin adalah satu-satunya penyelesaian untuk mengembalikan semula ekonomi kepada tahap sebelum pandemik COVID-19," katanya.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan pada Jumaat berkata, sepanjang tempoh penutupan penuh itu, semua sektor tidak dibenarkan untuk beroperasi kecuali sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang akan disenaraikan Majlis Keselamatan Negara.
Menurut kenyataan itu, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi terkini penularan COVID-19 di Malaysia dengan jumlah kes harian telah melebihi 8,000 kes dan kes aktif melebihi 70,000 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 28 2021
Ekonomi menerima tekanan dalam jangka pendek, namun, sebaik sahaja sekatan pergerakan itu tamat, momentum itu boleh dibina semula pada peringkat makro. - Astro AWANI/Shahir Omar
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Kelaparan akut jejaskan 281.6 juta orang tahun lepas - PBB
Tahap bahaya kelaparan akut menjejaskan 281.6 juta orang tahun lepas, tahun kelima berturut-turut bahawa ketakjaminan makanan semakin memburuk.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.