AirAsia Bhd akan terus menumpukan kepada pertumbuhan dan dalam masa yang sama mengurangkan kos, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes, hari ini.
Beliau berkata syarikat penerbangan kos rendah itu juga akan memberi penekanan kepada penggunaan tinggi pesawatnya.
"Pertumbuhan, pertumbuhan, pertumbuhan. Itulah yang kami tumpukan dalam kumpulan Airasia, dan ia akan menjadi pertumbuhan yang menguntungkan, apabila pelaburan dilakukan.
"Selain pertumbuhan kami juga mengurangkan kos, terutamanya dengan syarikat-syarikat penerbangan yang sama. Penggunaan lebih tinggi. Pesawat baharu. Lebih banyak tempat duduk. Data dan teknologi," kata Fernandes, menerusi akaun rasmi twitter beliau, hari ini.
Airasia Bhd mencatatkan keuntungan sebelum cukai tinggi sebanyak RM2.16 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2016, daripada RM215.15 juta pada 2015.
Hasil meningkat kepada RM6.92 bilion daripada RM6.29 bilion.
Syarikat penerbangan tersebut berkata prestasi hasil yang bertambah baik itu disumbang oleh pertumbuhan penumpang, pendapatan sampingan bagi setiap penumpang yang lebih tinggi tahun ke tahun dan peningkatan purata tambang, yang naik enam peratus kepada RM167.
Sementara itu, Centre for Aviation (CAPA) memetik Ketua Strategi Kumpulan AirAsia, Subashini Silvadas sebagai berkata AirAsia Malaysia mungkin menambahkan bilangan pesawat lebih daripada lapan A320s yang dirancang ketika ini.
"Kumpulan kini merancang mencapai 300 pesawat A320s menjelang 2021 dan 333 pesawat menjelang 2022 berbanding 176 pada akhir 2016," kata CAPA yang memetik Subashini sebagai berkata semasa CAPA Airline Fleet and Finance Summit 2017 yang sedang berlangsung di Singapura sekarang.
Beliau juga berkata kumpulan itu memperoleh 10 pajakan A320neo daripada 13 yang dirancang bagi 2017.
Beliau juga dipetik sebagai berkata AirAsia Japan akan melancarkan perkhidmatan 'tidak lama lagi' dan akhir 2017 dengan lima pesawat A320s.
Menurut Subashini, AirAsia Japan tidak boleh menggunakan Airbus Neo berikutan peraturan di Jepun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017
FERNANDES: AirAsia Bhd akan terus menumpukan kepada pertumbuhan dan dalam masa yang sama mengurangkan kos. - Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.