Skip to main content

Malaysia

Pejabat MB Perak nafi dakwaan pembubaran DUN

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan itu yang disifatkan sebagai tidak benar dan tidak berasas. -Gambar fail
Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan itu yang disifatkan sebagai tidak benar dan tidak berasas. -Gambar fail

Ringkasan AI

  • Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan bahawa Datuk Seri Saarani Mohamad telah memohon dan mendapat perkenan pembubaran DUN Perak.
  • Laporan polis telah dibuat berhubung penyebaran maklumat tidak benar yang mengaitkan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan negeri.
  • Orang ramai dinasihatkan merujuk sumber rasmi dan tidak menyebarkan kandungan yang belum disahkan kesahihannya.
Advertisement

IPOH: Pejabat Menteri Besar Perak menafikan dakwaan beberapa platform media sosial kononnya Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bagi memohon dan telah mendapat perkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Pejabat Menteri Besar Perak dalam kenyataan hari ini memaklumkan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan itu yang disifatkan sebagai tidak benar dan tidak berasas.

“Pejabat Menteri Besar Perak memandang serius penyebaran maklumat tidak benar, khususnya yang mengaitkan institusi diraja dan pentadbiran kerajaan negeri.

Advertisement

“Sehubungan dengan itu, pentadbiran ini telah membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membolehkan siasatan dan tindakan lanjut diambil,” menurut kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Pejabat Menteri Besar Perak juga mengesan penyebaran grafik menyerupai siaran berita televisyen selain penyiaran semula bahan berita lama yang boleh menimbulkan kekeliruan mengenai kedudukan semasa DUN Perak.

Advertisement

Pejabat Menteri Besar Perak menasihatkan orang ramai supaya mendapatkan maklumat daripada sumber rasmi dan tidak menyebarkan kandungan yang belum disahkan kesahihannya.

Terdahulu, tular di laman sosial poster serta maklumat berkaitan pembubaran DUN Perak.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement