awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
Kemelut Perikatan Nasional: Apa yang berlaku?
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah tarik lebih 100,000 pelancong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia dapat kelulusan pemegang saham tukar nama kepada Capital A

Dagang News
Dagang News
28/01/2022
00:51 MYT
AirAsia dapat kelulusan pemegang saham tukar nama kepada Capital A
Pada 12 Oktober lalu, Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia seharusnya tidak lagi hanya dikenali sebagai hanya sebuah syarikat penerbangan kerana mereka kini adalah kumpulan perkhidmatan digital. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd. mendapat kelulusan pemegang saham untuk menukar nama syarikat kepada Capital A Bhd., menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia semalam.
Cadangan itu diputuskan dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) yang diadakan semalam secara maya setelah mendapat undian hampir 100% daripada kalangan pemegang saham.
Pertukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember lalu dan dikhaskan untuk syarikat ini.
Pada 12 Oktober lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia seharusnya tidak lagi hanya dikenali sebagai hanya sebuah syarikat penerbangan kerana mereka kini adalah kumpulan perkhidmatan digital.
BACA: AirAsia Group cadang tukar nama kepada Capital A
Walaupun asasnya adalah industri penerbangan, tetapi kumpulan menawarkan lebih banyak perkhidmatan, seperti airasia Super App sendiri dengan lebih daripada 15 tawaran perjalanan dan gaya hidup berbeza yang melengkapi satu sama lain, serta cabang teknologi pendidikan yang terus berkembang iaitu airasia Academy.
Malah, ia juga mempunyai cabang kargo dan logistik yang semakin berkembang iaitu Teleport serta perniagaan perkhidmatan kewangan BigPay yang menawarkan penyelesaian teknologi kewangan yang mantap dan bakal menjadi bank maya pertama di ASEAN.
Dengan nilai syarikat yang ditaksirkan lebih daripada AS$1 bilion, perniagaan digital AirAsia Group telah mencapai status Unikorn dalam jangka masa kurang daripada 2 tahun sejak kumpulan mempercepatkan momentum pertumbuhan perniagaan bukan penerbangan semasa sekatan perjalanan berikutan pandemik yang melanda di seluruh dunia.
BACA: AirAsia ambil semua langkah perlu tangani status PN17 - Tony Fernandes
Syarikat itu kini yang diklasifikasi sebagai Nota Amalan 17 (PN17), sedang merangka pelan untuk menyelaraskan situasi kewangannya bagi menangani status tersebut.
Fernandes pada 14 Januari lalu berkata portfolio kumpulan yang kukuh dan pelbagai akan membolehkannya menjejaki penyelarasan kedudukan kewangannya dengan cepat dan telah mengesahkan daya maju perniagaannya yang kukuh pada masa depan.
Ketika ditutup petang ini, harga saham AirAsia susut 1 sen atau 1.69% kepada 58 sen dengan 5.31 juta saham diniagakan.
Artikel asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#AirAsia
#tukar nama
#Capital A
#kumpulan perkhidmatan digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan