awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia Group cadang tukar nama kepada Capital A

Dagang News
Dagang News
04/01/2022
00:30 MYT
AirAsia Group cadang tukar nama kepada Capital A
AirAsia Group Bhd bercadang untuk menukar nama kumpulan kepada Capital A Bhd. -Dagang News
KUALA LUMPUR: AirAsia Group Bhd bercadang untuk menukar nama kumpulan kepada Capital A Bhd, menurutnya dalam makluman di Bursa Malaysia pada Isnin.
Cadangan pertukaran nama tersebut telah diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 28 Disember lalu.
"Bagaimanapun, cadangan pertukaran ini tertakluk kepada kelulusan pemegang saham syarikat pada mesyuarat agung yang akan diadakan pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
"Pekeliling kepada pemegang saham dengan butiran cadangan pertukaran nama akan dikeluarkan kepada pemegang saham dalam masa terdekat," katanya.
Pada 12 Oktober lalu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Group Tan Sri Tony Fernandes berkata, AirAsia seharusnya tidak lagi hanya dikenali sebagai hanya sebuah syarikat penerbangan kerana mereka kini adalah kumpulan perkhidmatan digital.
Walaupun asasnya adalah industri penerbangan, tetapi kumpulan menawarkan lebih banyak perkhidmatan, seperti airasia Super App sendiri dengan lebih daripada 15 tawaran perjalanan dan gaya hidup berbeza yang melengkapi satu sama lain, serta cabang teknologi pendidikan yang terus berkembang iaitu airasia Academy.
Malah, ia juga mempunyai cabang kargo dan logistik yang semakin berkembang iaitu Teleport serta perniagaan perkhidmatan kewangan BigPay yang menawarkan penyelesaian teknologi kewangan yang mantap dan bakal menjadi bank maya pertama di ASEAN.
Dengan nilai syarikat yang ditaksirkan lebih daripada AS$1 bilion, perniagaan digital AirAsia Group telah mencapai status Unikorn dalam jangka masa kurang daripada 2 tahun sejak kumpulan mempercepatkan momentum pertumbuhan perniagaan bukan penerbangan semasa sekatan perjalanan berikutan pandemik yang melanda di seluruh dunia. - DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Capital A Bhd
#AIrAsia Group Bhd
#tukar nama kumpulan
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan