awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia bimbang negara bekas Kuasa Paksi menentang resolusi PBB kecam Nazisme - Zakharova
Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia Indonesia tinjau kemungkinan kerjasama dengan Garuda

Bernama
Bernama
21/12/2018
22:00 MYT
AirAsia Indonesia tinjau kemungkinan kerjasama dengan Garuda
Ketua Pegawai Eksekutif Dendy Kurniawan berkata perbincangan masih di peringkat awal dan tiada keputusan mengenai cadangan itu dibuat. - Gambar hiasan/REUTERS/Edgar Su
AirAsia Indonesia pada Jumaat mengesahkan bahawa ia sedang meninjau kemungkinan kerjasama dengan Kumpulan Garuda Indonesia untuk memanfaatkan kekuatan kedua-dua syarikat penerbangan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Dendy Kurniawan berkata perbincangan masih di peringkat awal dan tiada keputusan mengenai cadangan itu dibuat.
"Bagaimanapun, kami terus terbuka kepada mana-mana kerjasama yang akan memberi manfaat kepada industri," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di Jakarta.
Dendy mengulas mengenai artikel berita yang memetik Presiden Pengarah Garuda Indonesia Ari Askhara yang menyatakan syarikat penerbangan nasional itu telah menerima tawaran daripada AirAsia untuk mewujudkan perjanjian kerjasama operasi (KSO).
AirAsia Indonesia merupakan sebahagian daripada AirAsia Group - penyumbang terbesar kepada penumpang antarabangsa di Indonesia - manakala syarikat penerbangan Indonesia, Garuda adalah peneraju dalam trafik domestik.
Bulan lepas, Garuda melalui anak syarikatnya, Citilink Indonesia mengambil kawalan operasi saingan Sriwijaya AIr dan NAM Air, sekali gus memperoleh saham majoriti daripada pasaran penerbangan domestik yang berkembang pesat.
Menurut Pusat untuk Penerbangan (CAPA), Indonesia adalah pasaran penerbangan yang terbesar di ASEAN dan pasaran penerbangan domestik kelima terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China, India dan Jepun, mencatatkan hampir 97 juta penumpang pada 2017.
Perjalanan udara domestik menguasai pasaran Indonesia, menyumbang hampir 75 peratus daripada jumlah trafik penumpang.
Bagaimanapun, operasi antarabangsa meningkat, didorong oleh pertumbuhan 'inbound' yang pesat.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#ASEAN
#Dendy Kurniawan
#Jakarta
#operasi
#penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan