KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia hari ini mengkategorikan Kumpulan AirAsia Berhad sebagai syarikat Nota Amalan 17 (PN17).
Dalam satu kenyataan hari ini, Bursa berkata ini selepas kumpulan tersebut menepati beberapa kriteria untuk diletakkan di dalam kategori tersebut.
Kebiasaannya, kategori PN17 sering diberikan kepada syarikat disenarai di Bursa Malaysia yang mengalami tekanan kewangan.
Selepas diletakkan dalam kategori tersebut, sesebuah syarikat berdepan risiko dinyahsenarai daripada bursa tersebut.
Syarikat itu kemudian perlu mengemukakan perancangan untuk menstruktur semula dan menambah baik prestasinya, di mana perancangan tersebut perlu diluluskan oleh Bursa untuk mengelakkan dinyahsenarai.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata kumpulan tersebut sedang merangka pelan untuk menyelaraskan situasi kewangannya untuk keluar daripada kategori PN17.
BACA: AirAsia ambil semua langkah perlu tangani status PN17 - Tony Fernandes
“Apa yang penting, kami bukan hanya syarikat penerbangan lagi (iaitu) bergantung sepenuhnya kepada tambang penerbangan.
“Kami adalah syarikat pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup sinergi, semuanya dijangka menjadi peneraju industri dalam bidang masing-masing di ASEAN,” katanya.
Semalam, Bursa menolak rayuan kumpulan tersebut yang ingin melanjutkan tempoh pelepasan selama 18 bulan daripada dikategorikan sebagai syarikat PN17, yang berakhir pada 7 Januari 2022.
Fernandes berkata kumpulan AirAsia telah melaksanakan pelbagai langkah pengumpulan dana untuk meningkatkan kedudukan mudah tunainya, selain meletakkan asas yang kukuh bukan sahaja untuk bertahan, tetapi pulih daripada impak pandemik dengan lebih kukuh daripada sebelum ini dalam masa terdekat.
Beliau menambah, kumpulan tersebut telah meraih lebih RM2.5 bilion setakat ini, termasuk penempatan persendirian sebanyak RM336.48 juta pada suku pertama 2021.
Setakat 14 Januari 2022, terdapat 23 syarikat yang dikategorikan sebagai PN17 di Bursa Malaysia.
Antara lain, ia termasuk Serba Dinamik Holdings Berhad, Scomi Group Berhad, Konsortium Transnasional Berhad dan Brahim’s Holdings Berhad.
Pengesahan terbaharu daripada Bursa ini menyaksikan Kumpulan AirAsia Berhad dan AirAsia X Berhad kini tergolong dalam kategori tersebut.
Luqman Hariz
Fri Jan 14 2022
Kebiasaannya, kategori PN17 sering diberikan kepada syarikat disenarai di Bursa Malaysia yang mengalami tekanan kewangan. - Gambar fail Reuters
Polis Sarawak siap siaga tangani aspek keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata yakin anggotanya cukup bagi menangani aspek keselamatan sepanjang berlangsungnya SUKMA 2024 di Sarawak
Pemain bola sepak Sarawak diminta jaga keselamatan
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mancha Ata menasihati pemain dari negeri itu agar meningkatkan kewaspadaan susulan kes serangan dan jenayah membabitkan pemain bola sepak.
Kompleks latihan OKU kedua Sabah dibina di Sandakan
Dengan kos pembinaan RM3.2 juta ringgit, kompleks latihan yang sedang dalam pembinaan itu adalah yang kedua di Sabah selepasKompleks Latihan dan Pemulihan OKU Kimanis, Papar.
Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan MP - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang
Peruntukan RM1.41 bilion bagi projek infrastruktur luar bandar Sabah
Peruntukan ini melibatkan 295 projek yang terdiri daripada 70 projek baharu dan 225 projek sambungan dengan kos keseluruhan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) yang berjumlah RM17.8 bilion.
Legasi besar Mutang Tagal untuk etnik Orang Ulu
Presiden Persekutuan Persatuan Orang Ulu Malaysia (FORUM) Kennedy Chukpai Ugon menyifatkan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan banyak berjasa dalam menyatukan masyarakat Orang Ulu.
GPS, PBB dukacita atas pemergian Mutang Tagal
Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menyifatkan Mendiang Datuk Mutang Tagak bukan sekadar rakan seperjuangan dalam politik tetapi juga kenalan rapat seluruh ahli keluarga.
DUN Sarawak bertafakur seminit peringati Mutang Tagal
Sebagai tanda penghormatan kepada Mendiang Datuk Muntang, Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta seluruh ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk bertafakur selama satu minit.
Pengarah didakwa pindah wang milik syarikat lebih RM800,000
Seorang pengarah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memindahkan wang milik syarikatnya berjumlah lebih RM800,000 ke syarikat lain, dua tahun lepas.
Pasang CCTV di tandas untuk aibkan rakan wanita, akauntan didenda RM4,500
Seorang akauntan didenda RM4,500 selepas mengaku mengaibkan kehormatan rakan sekerja wanitanya dengan memasang CCTV di tandas pejabat.
AirAsia yakin mampu harungi pergerakan mata wang tidak menggalakkan, kenaikan harga bahan api
AirAsia yakin mampu tangani kenaikan harga bahan api dan pergerakan mata wang tidak menggalakkan yang berpanjangan, yang terus meningkatkan cabaran global.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Gunung Ruang meletus: Beberapa penerbangan AirAsia kembali beroperasi
AirAsia turut menyediakan pilihan kepada penumpang yang terjejas akibat penerbangan yang terpaksa dibatalkan.
Letusan Gunung Ruang: Malaysia Airlines, AirAsia batal penerbangan Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak
Malaysia Airlines umum pembatalan 11 penerbangan Sabah dan Kuala Lumpur serta lapan penerbangan laluan Sarawak dan Kuala Lumpur dibatalkan.
Pembatalan penerbangan: AirAsia sedia pilihan kepada penumpang
Bo Lingam berkata penumpang yang ingin melakukan perubahan tempahan secara dalam talian boleh berbuat demikian di airasia.com atau AirAsia MOVE.
AirAsia tawar menu nasi lemak dua kali saiz
Santan memperkenalkan Nasi Lemak Pak Nasser Terpaling Istimewa (Double Special), hidangan ikonik yang kini bersaiz dua kali ganda berbanding asal.
Trafik penumpang udara diunjur berkembang 2% menjelang akhir 2024 - MIDF
Tinjauan menunjukkan bahawa faktor muatan selepas wabak adalah setanding dengan, jika tidak lebih tinggi daripada, tahap prapandemik.
Aidilfitri: AirAsia tawar lebih 22,000 tempat duduk tambang tetap ke Sabah, Sarawak
AirAsia menawarkan lebih 22,000 tempat duduk pada tambang rendah tetap untuk penerbangan lewat malam sempena sambutan Hari Raya antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
AirAsia sasar hak trafik dua hala ke beberapa bandar di India
Tumpuan untuk meluaskan rangkaian penting bagi AirAsia kerana bandar utama di India telah mencapai puncak pengembangan.