awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024

Bernama
Bernama
28/05/2024
07:30 MYT
AirAsia menang anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024
AirAsia berkata sebagai syarikat penerbangan penuh yang berpangkalan di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja, ia telah mengalami pertumbuhan yang menakjubkan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kumpulan syarikat penerbangan AirAsia, termasuk syarikat penerbangan jarak sederhana AirAsia X dan Thai AirAsia X, telah diumumkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024 oleh AirlineRatings.com dalam Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan tahunannya.
AirAsia, dalam satu kenyataan hari ini berkata sebagai syarikat penerbangan penuh yang berpangkalan di Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina dan Kemboja, ia telah mengalami pertumbuhan yang menakjubkan sejak dua dekad lalu untuk menjadi kuasa dominan di rantau Asia.
"Kumpulan AirAsia dan syarikat penerbangan jarak sederhana gabungannya telah berusaha keras untuk membimbing syarikat penerbangan ini untuk muncul di Asia dan seterusnya, dan hari ini, kami mempunyai lebih 255 pesawat terbang ke lebih 165 destinasi," kata syarikat penerbangan itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Penasihat Strategik AirAsia Aviation Group Tan Sri Tony Fernandes berkata selepas mengharungi pelbagai rintangan, syarikat penerbangan itu kini mempunyai asas yang tepat untuk pertumbuhan lebih signifikan dan akan memulakan perjalanan baharu yang menarik dengan rancangan untuk terbang ke sebahagian besar benua.
"Cadangan pelupusan strategik kumpulan penerbangan AirAsia daripada Capital A ke AirAsia X berada di landasan yang betul dan akan menjadi pengubah permainan dalam industri untuk memastikan perjalanan udara yang lebih berkualiti tinggi dan kos rendah untuk jarak pendek, sederhana dan jauh menghubungkan rantau Asia dan Asia Pasifik ke seluruh dunia pada kos yang terbaik," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarang AirlineRatings.com Geoffrey Thomas berkata kemenangan itu "sangat wajar" kerana syarikat penerbangan berkenaan telah menjadikan perjalanan mampu milik untuk hampir 800 juta penumpang di seluruh Asia dan Asia Pasifik, dan mereka menawarkan nilai yang luar biasa serta pengalaman yang hebat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Asia 2024
#airlines ratings
#Anugerah Kecemerlangan Syarikat Penerbangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan