Skip to main content

Dunia

Demokrat cipta kejutan, menangi kerusi Senat Mississippi

Colom, yang berkempen mengenai isu kos sara hidup, perlindungan hospital luar bandar dan dasar luar AS, dijadual mengangkat sumpah sebagai senator pada Januari depan. - Foto REUTERS
Colom, yang berkempen mengenai isu kos sara hidup, perlindungan hospital luar bandar dan dasar luar AS, dijadual mengangkat sumpah sebagai senator pada Januari depan. - Foto REUTERS
Advertisement

JACKSON: Calon Parti Demokrat, Scott Colom, mencipta kejutan apabila menewaskan penyandang Republikan, Cindy Hyde-Smith, dalam pilihan raya Senat Amerika Syarikat (AS) di negeri Mississippi yang sekian lama menjadi kubu kuat Republikan.

Kemenangan tipis itu menjadikan Colom, seorang pendakwa raya, sebagai senator kulit hitam pertama dari Mississippi dalam tempoh lebih 140 tahun, selain mengukuhkan prestasi Demokrat selepas keputusan memberangsangkan dalam pilihan raya pertengahan penggal baru-baru ini.

Keputusan rasmi hanya diperoleh selepas pihak berkuasa selesai mengira lebih 100,000 undi pos serta ribuan undi sementara yang memerlukan pengesahan kelayakan pengundi.

Advertisement

Menurut laporan Al Jazeera, kejayaan Colom dianggap luar jangka memandangkan Mississippi sebelum ini memihak kepada Presiden Donald Trump dengan majoriti besar dalam pilihan raya presiden 2024.

Colom, yang berkempen mengenai isu kos sara hidup, perlindungan hospital luar bandar dan dasar luar AS, dijadual mengangkat sumpah sebagai senator pada Januari depan.

Advertisement

Kemenangan itu turut menyaksikan jumlah senator kulit hitam dalam Kongres AS meningkat ke paras tertinggi dalam sejarah negara itu.

 

 

Must Watch Video

Advertisement