awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia sahkan peroleh pinjaman RM300 juta daripada SDB

Bernama
Bernama
23/10/2020
13:32 MYT
AirAsia sahkan peroleh pinjaman RM300 juta daripada SDB
AirAsia berkata pinjaman itu bertujuan terutamanya untuk meningkatkan kehadiran logistik AirAsia di Sabah. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:AirAsia Group Bhd mengesahkan ia memperoleh pinjaman sebanyak RM300 juta daripada Sabah Development Bank Bhd (SDB) dan bukan daripada mana-mana pembiayaan atau jaminan kerajaan.
Syarikat penerbangan tambang rendah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata pinjaman tersebut diperoleh sebagai sebahagian daripada langkah pengumpulan dana kumpulan dan usahanya untuk meneroka perniagaan digital.
AirAsia berkata pinjaman itu bertujuan terutamanya untuk meningkatkan kehadiran logistik AirAsia di Sabah yang dalam proses itu akan mewujudkan lebih 100,000 pekerjaan baharu.
Dana tersebut akan digunakan untuk projek pembangunan tertentu, termasuk menubuhkan rantaian bekalan makanan digital OurFarm (platform e-dagang pertaniannya) dan kemudahan rantaian sejuk beku di Sabah (peruntukan RM170 juta) dan membiayai sebahagian daripada projek untuk menjadikan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebagai hab antarabangsa bagi AirAsia Bhd (RM110 juta).
BACA: Saham AirAsia naik 3.6 peratus susulan pelan kumpul modal berjalan lancar
Sejumlah RM10 juta akan digunakan bagi meningkatkan platform e-dagang dan kebolehpasaran produk dari Sabah dan RM10 juta lagi untuk mempromosikan lagi destinasi pelancongan Sabah di airasia.com, aplikasi super digital AirAsia," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#pinjaman
#RM300 juta
#Sabah Development Bank Bhd
#SDB
#Jaminan Kerajaan
#Bursa Malaysia
#Sabah
#OURFARM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan