awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia tawar diskaun sehingga 70 peratus

Bernama
Bernama
15/10/2018
11:25 MYT
AirAsia tawar diskaun sehingga 70 peratus
AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai hari ini sehingga 28 Oktober. -Gambar fail
Syarikat penerbangan kos rendah AirAsia menawarkan diskaun sehingga 70 peratus bagi semua destinasi mulai hari ini sehingga 28 Oktober.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata tempahan boleh dibuat di airasia.com dan aplikasi mudah alih untuk perjalanan segera sehingga 30 Jun 2019.
Ketua Pemasaran Kumpulan AirAsia, Amanda Woo berkata terdapat lebih 130 destinasi di seluruh rangkaian AirAsia dan AirAsia X untuk semua orang menikmatinya.
"Seperti biasa, ahli AirAsia BIG akan menikmati lebih banyak tawaran yang termasuk diskaun segera apabila mereka menempah terus di laman web dan di aplikasi mudah alih kami," katanya.
Pelanggan boleh menikmati tambang yang sangat rendah dari Kuala Lumpur ke Changsha, Tokyo, Kolkata, Bali, Phuket, Siem Reap, Yangon, Manila, Singapura, Kota Kinabalu dan banyak lagi destinasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#Amanda Woo
#diskaun
#penerbangan
#tambang
#tempahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan