awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia X sedia benarkan penumpang guna semula kredit beli tiket

Dagang News
Dagang News
23/10/2021
01:00 MYT
AirAsia X sedia benarkan penumpang guna semula kredit beli tiket
AirAsia X Bhd bersedia membenarkan penumpang menggunakan semula kredit untuk membeli tiket pada masa akan datang sebaik sahaja ia beroperasi dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: AirAsia X Bhd bersedia membenarkan penumpang menggunakan semula kredit untuk membeli tiket pada masa akan datang sebaik sahaja ia beroperasi dengan pembukaan semula sempadan antarabangsa.
Bagaimanapun, dalam kenyataannya pada Jumaat, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh AirAsia Group itu berkata, ia bergantung kepada kejayaan proses penstrukturan semula hutang syarikat.
Syarikat penerbangan itu menyedari terdapat kebimbangan yang disuarakan oleh pelbagai laporan media berhubung proses penstrukturan hutang yang sedang berjalan, termasuk yang dilaporkan oleh DagangNews.com pagi Jumaat.
"Kami memberi jaminan apabila langkah penstrukturan hutang ini berjaya, adalah menjadi hasrat kami untuk mengembalikan keistimewaan dalam bentuk kredit perjalanan, yang boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan atau barangan dan perkhidmatan yang disediakan AirAsia X pada masa akan datang apabila sempadan antarabangsa dibuka semula," katanya.
Bagaimanapun, AirAsia X berkata, keistimewaan perjalanan untuk penumpang yang mempunyai kredit mungkin dilanjutkan dari semasa ke semasa sebaik saja syarikat boleh beroperasi semula selepas penstrukturan semula hutang diluluskan pemiutang dan mendapat kebenaran Mahkamah Tinggi pada 12 November ini.
"AirAsia X secara dasarnya mempunyai hak untuk mengambil tindakan yang difikirkan sesuai dengan keberkesanan perniagaan dan juga bagi meningkatkan nama baik syarikat.
"Bagi kami, rakan kerjasama dan penyokong termasuk para tetamu dan penumpang kami adalah penting kepada AirAsia X.
"Dalam hal ini, kami menghargai hubungan ini dan telah mengambil pertimbangan sewajarnya dalam langkah penstrukturan semula hutang ini," jelasnya.
Pada 18 Oktober lalu, AirAsia X bercadang untuk membayar hanya 0.5% kepada setiap pemiutang dan menghentikan semua kontrak sedia ada bagi membolehkannya menstruktur semula liabiliti sebanyak RM33.65 bilion.
Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia, syarikat tambang murah jarak jauh AirAsia Group ini akan mengadakan pertemuan dengan pemiutang pada 12 November ini untuk mengundi bagi cadangan pelan penstrukturan semula hutangnya.
AirAsia X juga dilaporkan sedang berunding dengan pemajak kepada 29 pesawatnya dan beberapa pemiutang lain mengenai terma komersial bagi meneruskan hubungan perniagaan pada masa hadapan.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Airasia X
#Bursa Malaysia
#guna semula kredit untuk beli tiket
#proses penstrukturan semula hutang syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan