awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airod-Honeywell bangunkan pusat MRO pesawat C130 di Malaysia

Sinar Harian
Sinar Harian
31/03/2022
00:21 MYT
Airod-Honeywell bangunkan pusat MRO pesawat C130 di Malaysia
Wakil dari Honeywell International Inc dan ATP ketika menandatangani MoU dalam satu upacara di DSA dan Mitec 2022. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Airod Techno Power Sdn Bhd (ATP) bakal membuka pusat selenggaraan, pembaikan dan operasi (MRO) menerusi memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat aeroangkasa antarabangsa Honeywell International Inc.
ATP dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, pusat MRO tersebut akan memberi fokus kepada selenggaraan sumber kuasa sokongan (APU) pada pesawat Hercules C130 yang dioperasikan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
“Menerusi MoU ini kami juga bercadang untuk menawarkan sokongan dan rangkaian pengedaran untuk produk lain dari Honeywell International Inc serta pembekalan alat ganti untuk platform pesawat C130 yang dioperasikan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
“Dengan kepakaran dan kecekapan oleh kedua-dua Honeywell dan ATP, kolaborasi ini akan menggunakan sepenuhnya reputasi ATP sebagai antara pusat MRO enjin dan komponen utama di rantau ini,”menurut kenyataan tersebut pada Rabu.
ATP berkata, MoU tersebut menandakan satu lagi batu loncatan buat mereka dalam usaha meningkatkan keupayaan syarikat dalam bidang selenggaraan.
Katanya, bermula dari bawah, ATP kini akan meningkatkan lagi pelaburan untuk membina infrastruktur, mencipta teknologi baharu, dan perolehan sumber dalam usaha untuk memperkukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran.
Tambahnya, kepakaran dan rekod baik ATP turut diiktiraf oleh syarikat Lockheed Martin apabila dianugerahkan dengan sijil Lockheed Martin Quick Engine Change (QEC) pada 2015.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Airod Techno Power
#Honeywell
#MRO
#pesawat Hercules C130
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan