awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran fiskal positif mampu tingkat penarafan Malaysia - Maybank IB

Bernama
Bernama
05/12/2024
09:11 MYT
Aliran fiskal positif mampu tingkat penarafan Malaysia - Maybank IB
Maybank IB berkata, tindakan penarafan positif memerlukan profil institusi yang lebih kukuh dan kejutan fiskal yang positif.
KUALA LUMPUR: Prospek penarafan berdaulat Malaysia bagi 2025 bakal menyaksikan anjakan positif, didorong oleh perkembangan fiskal yang menggalakkan, kata Maybank Investment Bank (Maybank IB).
Bank pelaburan itu berkata pembiayaan bersih kerajaan menerusi bon dan bil tahun ini berjumlah RM77 bilion selepas mengimbangi RM93 bilion dalam tempoh matang iaitu hampir RM7 bilion lebih rendah daripada defisit belanjawan sebanyak RM84.3 bilion atau 4.3 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), yang disahkan pada Oktober.
"Kami melihat potensi peningkatan pada penarafan Malaysia walaupun tindakan penarafan positif memerlukan profil institusi yang lebih kukuh dan kejutan fiskal yang positif.
"Kini, satu daripada keperluan itu sudah dipenuhi," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Maybank IB menekankan kepentingan untuk mengekalkan prestasi tersebut dan meneruskan penambahbaikan.
Katanya jika defisit fiskal meningkat RM7 bilion atau 0.35 peratus daripada KDNK tahun ini dan pertumbuhan yang sama dicapai berbanding sasaran 2025 sebanyak 3.8 peratus, ia akan sejajar dengan rancangan fiskal jangka sederhana walaupun ia tidak menunjukkan prestasi yang ketara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maybank IB
#prospek penarafan
#Malaysia
#perkembangan fiskal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan