KUALA LUMPUR: Jumlah aliran keluar dana asing mencecah RM4.1 bilion pada bulan lepas dengan pelabur asing menjadi penjual bersih Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII), kata RAM Ratings.
Pelabur asing terbabit mengurangkan pegangan sebanyak RM4.3 bilion selepas tidak berbuat demikian pada Mei lepas dengan sebahagian besar daripada tindakan itu didorong oleh kebimbangan pelaksanaan dasar monetari lebih agresif di Amerika Syarikat (AS) selain mengelak risiko berikutan jangkaan kelembapan ekonomi global.
"Sentimen mengutamakan pilihan lebih selamat itu menyebabkan kenaikan pulangan bon apabila hasil MGS setahun dan 10 tahun menokok 33.1 mata asas (bps) dan 6.5 bps bulan ke bulan pada akhir Jun 2022," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dalam pada itu, minat terhadap sekuriti kerajaan jangka pendek, Bil Perbendaharaan Malaysia (MTB) dan Bil Perbendaharaan Islam Malaysia (MITB) kekal positif dengan belian asing bersih berjumlah RM233.1 juta pada bulan lepas, sekali gus memaparkan aliran masuk dana asing bagi lima bulan berturut-turut.
RAM Ratings berkata, tekanan jualan terhadap bon dengan tempoh lebih panjang juga berkurangan sejak pertengahan Jun lepas apabila hasil bagi tempoh itu susut walaupun pulangan jangka pendek terus meningkat.
Menurutnya, hasil MGS 10 tahun susut kepada 4.06 peratus pada 20 Julai daripada 4.33 peratus pada 15 Jun, seiring dengan penurunan hasil bon Perbendaharaan AS 10 tahun kepada 3.04 peratus daripada 3.33 peratus bagi tempoh sama.
Ia menyifatkan penyusutan hasil jangka panjang itu disebabkan oleh kebimbangan ketara mengenai kemungkinan berlakunya kemelesetan di AS yang akan disusuli sama ada dengan penurunan kadar faedah atau tiada perubahan pada masa akan datang.
"Ketika pelabur terus menilai prospek ekonomi, hasil jangka panjang diunjur kekal berdepan tekanan penurunan dalam masa terdekat.
"Dalam pada itu, hasil bagi jangka pendek sebaliknya diunjur meneruskan aliran kenaikan sebagai tindak balas terhadap langkah memperketat dasar monetari," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 22 2022
Sebahagian besar daripada tindakan itu didorong oleh kebimbangan pelaksanaan dasar monetari lebih agresif di Amerika Syarikat (AS) selain mengelak risiko berikutan jangkaan kelembapan ekonomi global. - RAM Ratings
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Nahas helikopter Lumut: 'Hari yang amat menyedihkan buat kita semua' - MB Perak
Saarani turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga wira-wira TLDM yang terlibat dalam tragedi kemalangan helikopter itu.
Keracunan makanan: KPM lakukan siasatan penuh
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melakukan siasatan penuh dan terperinci berhubung kejadian lebih 70 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu mengalami keracunan makanan Sabtu lepas.
Jalan alternatif Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang ditutup - JKR
Jalan alternatif dari Kampung Kundur ke Bandar Lama Gua Musang (laluan D238) akan ditutup bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan Jambatan Kampung Kerinting yang baharu.
Nestlé Malaysia Bhd kembali perkenal peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup
Nestlé Malaysia Bhd memperkenalkan semula peraduan Nestlé Gaji Seumur Hidup sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menyumbang kepada komuniti tempatan.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran lebih kondusif dan mengelak ketirisan dan penyeludupan berterusan.
Lawatan Rasmi: Mohamad ke China bermula hari ini
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan lawatan rasminya yang pertama ke China selama tiga hari bermula hari ini.
Kupang Port Dickson masih belum selamat dimakan
Larangan terhadap pengambilan kerang-kerangan (dwicengkerang) dari perairan Port Dickson masih lagi dikuatkuasakan demi keselamatan pengguna.
Sivasangari kini ranking ke-11 dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari semakin menghampiri kelompok 10 pemain terbaik dunia selepas melonjak dua anak tangga menduduki ranking ke-11 dunia.
Sultan Selangor zahir dukacita, insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Aliran keluar dana asing pada Jun 2022 berjumlah RM4.1 bilion - RAM Ratings
Pelabur asing menjadi penjual bersih Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dan Terbitan Pelaburan Kerajaan (GII).