awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ambank terbitkan empat waran panggilan baharu

Bernama
Bernama
14/05/2013
07:00 MYT
Ambank terbitkan empat waran panggilan baharu
AmBank (M) Bhd akan menerbitkan empat waran panggilan berstruktur/terancang pelunasan tunai gaya Eropah baharu bagi memenuhi permintaan para pelabur untuk peluang perniagaan dan pelaburan di bawah keadaan pasaran semasa.
Waran-waran panggilan itu ialah untuk saham-saham biasa BIMB Holdings Bhd (BIMB), DRB-Hicom Bhd (DRBHCOM), Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), dan UEM Land Holdings Bhd (UEMLAND).
Dalam satu kenyataan hari ini, institusi perbankan itu berkata yang waran-waran panggilan itu akan disenaraikan untuk urus niaga pada 15 Mei, menerusi kaedah pasaran, dengan saiz terbitan berjumlah sehingga 100 juta setiap satu dan kematangan untuk tempoh 12 bulan.
Pengarah/Ketua Derivatif Ekuiti AmInvestment Bank Ng Ee Fang berkata indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) telah mencecah paras tinggi baharu, selepas pilihan raya, berikutan kejayaan kerajaan Barisan Nasional mengekalkan majoriti mudahnya di parlimen.
"Berakhirnya ketidaktentuan politik telah banyak membantu, dengan para pelabur kembali ke pasaran.
"Dengan FBM KLCI ketinggalan berbanding rakan-rakan Asianya yang lain seperti Filipina dan Indonesia setakat ini bagi tahun ini, permintaan asing untuk ekuiti Malaysia dijangka rancak selepas pilihan raya, terutamanya dalam sektor-sektor yang dijangka mendapat manfaat daripada inisiatif Program Transformasi Ekonomi (ETP)," tambahnya.
AmBank berkata waran-waran panggilan baharu itu disasarkan kepada peniaga sofistikated yang mahu berurus niaga berdasarkan kepada hala tuju dan kemudahruapan BIMB, DRBHCOM, MRCB dan UEMLAND.
"Waran-waran panggilan itu mempunyai gearan antara 3.09 dan 4.20," kata AmBank.
Topic Berkaitan
#ambank
#BIMB
#DRB-Hicom
#UEMLAND
#waran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan