AmInvest, pengurus dana konvensional dan patuh syariah bagi AmInvestment Bank Bhd, melancarkan dana perantara teknologi robotik pertama Malaysia.
Ia akan melabur dalam AXA World Funds-Framlington Robotech untuk mendapatkan pendedahan kepada syarikat-syarikat pertumbuhan di seluruh dunia dalam bidang teknologi robotik dan berkaitan dengan robotik.
"Kami teruja untuk menawarkan peluang kepada pelabur kami memanfaatkan revolusi robotik global di ruang yang tidak bertumpu. Pasaran teknologi dan robotik dijangka berkembang 10 peratus hingga 15 peratus setahun sehingga 2025, yang menyokong pelancaran dana berkenaan.
"AmInvest mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menyediakan dana ekuiti yang inovatif dan pertama ke pasaran seperti AmAsia Pacific REITs, AmASEAN Equity, Precious Metal Securities dan AmSchroders European Equity Alpha," kata pemangku Ketua Pegawai Eksekutif AmInvest Goh Wee Peng dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Robotech Fund AmInvest merupakan dana borong, yang menawarkan peningkatkan modal untuk pelaburan jangka panjang dan kepelbagaian portfolio melalui pendedahan dalam pasaran ekuiti global.
Pemegangan dana adalah pelbagai merangkumi aplikasi utama di mana teknologi robot memainkan peranan termasuk automasi industri, pengangkutan, penjagaan kesihatan dan pembuatan.
Dana melabur dalam Dana Sasaran, iaitu AXA World Funds-Framlington Robotech, yang diuruskan oleh AXA Investment Managers UK Limited.
Dana berkenaan memilih kira-kira 50 syarikat yang berkembang pesat untuk membina portfolio global yang pelbagai meliputi pasaran dan sektor.
Portfolio Dana Sasaran menawarkan pelabur akses kepada syarikat-syarikat robotik global dengan pendedahan kepada automasi industri, kenderaan tanpa pemandu, pembedahan dibantu robotik dan kecerdasan buatan.
Setakat akhir Jun 2018, saham utama Dana Sasaran termasuk Amazon, Alphabet, Apple, Siemens dan Infineon Technologies.
Mata wang asas dana itu ialah dalam dolar Amerika. Dana berkenaan menawarkan langganan dalam Ringgit dan dolar AS dengan pelaburan permulaan minimum, masing-masing sebanyak RM5,000 atau AS$5,000.
Pelabur boleh melanggan dana pada harga tawaran RM1 atau US$1 seunit semasa tempoh tawaran permulaan dana sehingga 28 Ogos. Dana itu diagihkan oleh AmBank (M) Berhad, AmPrivate Banking bagi AmInvestment Bank Berhad, Philip Mutual Berhad dan iFAST Capital Sdn Bhd.
--BERNAMA
Bernama
Wed Aug 08 2018
AmInvest mempunyai rekod prestasi yang baik dalam menyediakan dana ekuiti yang inovatif dan pertama ke pasaran. - Gambar hiasan
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Pesawah mengaku tidak bersalah
Seorang pesawah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan memuat naik mesej berbau hasutan mengaitkan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dengan aktiviti perjudian dalam satu kumpulan WhatsApp, lima hari lalu.
Terengganu tidak bincang cadangan hukuman sebat di khalayak - Azalina
Tiada sebarang perbincangan di antara Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Persekutuan tentang cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.
AmInvest lancar dana teknologi robotik pertama Malaysia
Ia akan melabur dalam AXA World Funds-Framlington Robotech untuk mendapatkan pendedahan kepada syarikat-syarikat pertumbuhan di seluruh dunia dalam bidang teknologi robotik.
ValueCap tepat untuk sokong Bursa
Pakar pelaburan menyifatkan langkah mewujudkan semula ValueCap Sdn Bhd dengan dana RM20 bilion mampu mengembalikan pelabur asing serta menyokong pasaran saham.