awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmInvestment positif kedudukan Astro dalam OTT

Astro Awani
Astro Awani
18/05/2021
23:38 MYT
AmInvestment positif kedudukan Astro dalam OTT
Disney plus Hotstar merupakan perkhimatan OTT terbaru Astro.
KUALA LUMPUR: AmInvestment Bank Bhd (AmInvestment) melihat Astro Malaysia Holdings Bhd (Astro) mempunyai nilai yang muncul daripada sasarannya untuk menjadi platform agregator bagi perkhidmatan Over The Top (OTT).
Perkara itu dinyatakan dalam laporan terkini AmInvestment bertajuk 'Transforming to be nation’s top OTT aggregator'.
Menurut laporan berkenaan, Astro kini mempunyai empat perkhimatan OTT iaitu Astro GO, iQIYI, HBO GO dan terbaru, Disney+ Hotstar.
Astro turut dijangka meningkatkan jumlah OTT tahun ini.
Tambahnya, ia turut menyukai strategi Astro menawarkan pelbagai perkhidmatan OTT dan pakej langganan bersama yang kini menjadi trend di luar negara.
Ini memudahkan pengguna untuk mendapatkan perkhidmatan penstriman yang mereka inginkan.
BACA: Tiga perkara penting tentang Disney+ di Malaysia
BACA: #NoToLanun: Penguatkuasaan perlu diubah, mudahkan layari OTT
Dalam pada itu, AmInvestment juga menyambut baik pelancaran platform penstriman Sooka pada suku kedua tahun kewangan 2022.
Sooka akan menawarkan kandungan vernakular dan rancangan sukan premium secara langsung yang disasarkan kepada pengguna milenial.
AmInvestment turut menjangkakan pertumbuhan yang kukuh untuk perkhidmatan beli belah Go Shop terutama dengan norma baharu selepas pandemik COVID-19.
Bagi tahun 2022, Astro menurutnya akan meneruskan strategi perkhidmatan ke rumah, individu dan perusahaan.
AmInvestment menjangkakan cabaran termasuk pendapatan pengiklanan yang rendah dan persaingan dalam ruang OTT.
Topic Berkaitan
#Astro
#COVID-19
#pandemik
#Disney
#OTT
#AmInvestment
#Disney Plus Hotstar
#pengguna milenial
#iklan
#pendapatan
#norma baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan