KUALA LUMPUR: Penantian peminat kandungan Disney kini berakhir apabila bermula 1 Jun 2021 pengguna di Malaysia boleh mendapatkan akses kepada kandungan video yang popular keluaran Walt Disney.

Terdapat beberapa perkara yang perlu anda tahu berkaitan perkhidmatan ini yang menjadi bualan hangat di seluruh dunia sejak ia dilancarkan pada November 2019.

Berikut ialah tiga perkara penting yang perlu anda tahu.

1. Melalui Disney Plus Hotstar anda boleh mendapatkan akses ke lebih 800 filem dan 18,000 episod daripada pilihan siri terbaik Disney, himpunan siri Star Wars, animasi Pixar kegemaran anda, siri dari Dunia Marvel dan dokumentari hebat dari National Geographic berserta kandungan terbaik dari Malaysia.

Telusuri kenikmatan hiburan bersama keluarga dengan Disney+ Originals seperti The Mandalorian, Wanda Vision, The Falcon & The Winter Soldier dan banyak lagi!

2. Bagi pelanggan Movies Pack Astro, anda paling beruntung!

Sebabnya, dengan langganan mereka sekarang, mereka cuma perlu tambah RM5/sebulan untuk menikmati keistimewaan ini!

Akses akan diberikan secara automatik untuk meraka mulai 1 Jun nanti. Pastikan anda mempunyai Astro ID yang sah supaya pendaftearan Disney Plus Hotstar dapat dilakukan dengan lancar.

3. Selain daripada akses automatik kepada rancangan-rancangan di platform Disney Plus Hotstar, anda juga dapat menyaksikan filem-filem blockbuster yang lain menerusi saluran-saluran Movies yang lain, seperti HBO, Cinemax, tvN Movies, dan bermacam lagi!

Anda juga akan mendapat akses kepada aplikasi-aplikasi penstriman yang datang bersama pek ini, iaitu; Disney Plus Hotstar, HBO Go dan tidak kurang hebatnya, Astro GO!

Anda tidak akan pernah bosan dengan filem dan rancangan kegemaran anda, di mana sahaja anda berada.

Jadi tunggu apa lagi?

Nikmati pakej menarik ini bermula 1 Jun 2021.

Maklumat lanjut tentang tawaran ini boleh didapatkan di www.astro.com.my/Disney, dan jangan lupa daftar Astro ID anda di sini.