awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid perlu kekal sebagai institusi penyebaran agama, ilmu - Zulkifli
Tiada isu dijangka timbul ketika Nik Faisal dilantik sebagai pemegang mandat akaun AmBank - Najib
Dua maut, dua lagi parah kemalangan di Lebuhraya Persekutuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AMPLE bantu golongan profesional ceburi perniagaan

Najib Aroff
Najib Aroff
11/04/2016
05:07 MYT
AMPLE bantu golongan profesional ceburi perniagaan
Presiden Pertubuhan Profesional, Pemimpin dan Usahawan (AMPLE), Ungku Anna Ungku Mohammed (3 dari kiri) bersama penasihat KIW, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil ketika penyampaian cek Usahawan Skim Pembiayaan Profesional Muda Bumiputera - Foto Ample
Lebih ramai golongan profesional digalak menceburi bidang perniagaan bagi menjayakan hasrat mencapai negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Sehubungan itu Pertubuhan Profesional, Pemimpin dan Usahawan (AMPLE) mahu membantu lebih ramai profesional untuk menceburi bidang keusahawanan.
Presidennya, Ungku Anna Ungku Mohammed berkata menerusi AMPLE, golongan profesional serta generasi X (generasi yang lahir selepas era peperangan) dan U yang tidak mempunyai pengetahuan perniagaan mahupun jaringan kerjasama akan dibantu untuk terjun ke dunia keusahawanan.
"Melalui AMPLE, mereka ini akan diberi pendedahan melalui program mentor, teknologi maklumat serta bengkel mengenai bagaimana untuk mendapatkan pembiayaan, pelan perniagaan termasuk pemasaran digital," katanya ketika berucap pada majlis Forum Probiz Klinik: Professionals Venturing Into Entrepreneurship.
"AMPLE bersedia menjadi platform persefahaman antara usahawan dari pelbagai generasi," katanya lagi.
Forum sehari itu yang dianjurkan AMPLE dengan kerjasama Pembangunan Keusahawanan Ikhtisas Wanita (KIW) dirasmikan oleh Penasihat KIW di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Selain itu, Ungku Anna berhasrat agar melalui AMPLE jurang generasi antara 'Baby Boomers' (generasi yang hidup semasa dan selepas perang) dan Generasi X dan Y (generasi milenium) dapat bergerak bersama dan saling bertukar pandangan untuk melahirkan lagi banyak usahawan profesional.
Pada majlis itu Shahrizat turut menyerahkan replika cek berjumlah RM1.3 juta kepada kepada 19 usahawan yang berjaya menerima pembiayaan di bawah Pembangunan Skim Usahawan Profesional Muda Bumiputera melalui peruntukan Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN Nasional) dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Shahrizat berharap 19 usahawan muda yang menerima dana pembiayaan perniagaan itu dapat menggunakan peruntukan itu sebaik mungkin sekali gus membantu kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
Shahrizat berkata kerajaan berhasrat meningkatkan penyertaan golongan professional dalam bidang perniagaan.
Di bawah TEKUN katanya, kerajaan memperuntukan dana untuk membantu usahawan termasuk golongan professional yang mahu menceburi bidang perniagaan.
“Kita telah pun minta kepada kerajaan untuk memberikan ruang dan peluang kepada profesional yang ingin mewujudkan perusahaan. Hari ini menjadi kenyataan. Kita saksikan peruntukkan besar diberikan kepada penerima," katanya.
Forum sehari ini menjadi platform golongan profesional membincangkan cabaran pertukaran profesyen kepada bidang perniagaan bagi golongan profesional.
Topic Berkaitan
#AMPLE
#KIW
#TEKUN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan