Skip to main content

Sukan

Boling PBA Indiana Classic: Timmy Tan mara ke final stepladder

SEPANG, 15 Jan -- Skuad boling Lelaki Timmy Tan ketika ditemui media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini selepas skuad boling negara membawa pulang dua pingat Emas dan dua pingat perak pada Kejohanan Piala Dunia 2025 di Kowloon, Hong Kong.  Dua pingat Emas itu diperolehi menerusi kejayaan atlet Wanita, Natasha Mohamed Roslan dan skuad boling Lelaki yang dibarisi oleh Timmy Tan, Ahmad Muaz Mohd Fishol, Muhammad Rafiq Ismail dan Tun Hakim Tun Hasnul Azam.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CI
Timmy menamatkan pusingan kelayakan di tempat ketiga selepas melakukan 8,689 jatuhan pin dalam 36 permainan. - Gambar fail/Bernama

KUALA LUMPUR: Atlet boling negara, Timmy Tan mempamerkan prestasi mengagumkan untuk mara ke final stepladder dalam kejohanan Persatuan Pemain Boling Profesional (PBA) Indiana Classic hari ini (Jumaat, waktu Amerika Syarikat).

Bersaing di David Small’s Pro Bowl West, pemain berusia 31 tahun itu menamatkan pusingan kelayakan di tempat ketiga selepas melakukan 8,689 jatuhan pin dalam 36 permainan.

Advertisement

Boog Krol mendahului pusingan kelayakan dengan 8,765 jatuhan pin, diikuti Marshall Kent di tempat kedua dengan jatuhan pin 8,741.

Ryan Barnes di tempat keempat dengan 8,678 jatuhan pin, manakala EJ Tackett melengkapkan kelompok lima terbaik dengan 8,661 jatuhan pin.

Mengulas mengenai prestasinya, Timmy berkata beberapa pelarasan yang dilakukan dalam permainan terbukti berkesan sepanjang peringkat kelayakan.

Beliau berharap mampu merangkul gelaran sulongnya dalam Jelajah PBA, yang bakal menjadi kejayaan kedua buat Malaysia selepas kejayaan bersejarah Tun Hakim Tun Hasnul Azam tahun lepas.

“Sudah tentu, saya benar-benar mahu menang, dan ia akan menjadi satu pencapaian hebat untuk negara,” katanya dalam sebuah video yang dikongsi oleh PBA hari ini.

Di peringkat final stepladder esok, Timmy akan berdepan sama ada Barnes atau Tackett, yang akan bertemu dalam perlawanan pembukaan.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video