Sering kecewa dengan kualiti produk jenama tempatan, seorang anak muda mencabar diri untuk menghasilkan jenama jeans yang setaraf dengan kualiti antarabangsa.
Pengasas Tarik Jeans, Afiq Iskandar Zainal Ariffin, 32, berkata walaupun terdapat banyak jenama jeans keluaran tempatan, namun tidak banyak yang benar-benar memberi perhatian kepada kualiti dari segi reka bentuk kepada produk yang dikeluarkan.
Bertitik tolak dengan percubaan menghasilkan jeans untuk kegunaan sendiri dan memenuhi permintaan rakan-rakan terdekat, berbekalkan modal awal daripada bapanya pada 2009 beliau memulakan perniagaan menjual jeans secara dalam talian.
"Tetapi saya tidak mahu sekadar bergantung pada label 'produk tempatan'...saya cuba meletakkan jenama ini pada standard tersendiri dengan memberi penekanan khusus kualiti serta kehendak pelanggan.
"Dengan kualiti yang baik dan harga berpatutan, pengguna mempunyai pilihan sama ada jeans keluaran antarabangsa atau tempatan kerana produk tempatan juga tidak kurang hebatnya," katanya kepada Bernama.
Mengakui bukan mudah untuk bertapak dan meyakinkan pembeli memilih label jenama persendirian, Afiq Iskandar yang juga gitaris kumpulan Oh Chentaku itu menyifatkan setiap rekaannya berjaya menyelesaikan masalah penggemar jeans yang mahukan ukuran mengikut citarasa pengguna Malaysia.
"Kami cuba menyesuaikan rekaan dengan cuaca, potongan seluar itu mengikut citarasa dan keselesaan pengguna yang mahu mengikut trend semasa iaitu memiliki skinny jeans atau sebarang rekaan trend luar negara.
"Rekaan kami, sekali gus menyelesaikan masalah penggemar jeans di negara ini dan itu menjadi fokus dalam setiap rekaan, " katanya yang memiliki hampir 10 rekaan jeans termasuk jenis Slim Ramlee dan Skinny Din.
Menyentuh pemilihan jenamanya, Afiq Iskandar berkata identiti Malaysia yang diterap selari dengan idea Tarik Jeans, iaitu untuk meraikan kepelbagaian budaya di negara ini, sesuai slogannya 'Denim Untuk Rakyat'.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 24 2018
Afiq Iskandar (kanan) bersama tiga rakan kongsinya melihat koleksi kemeja-T keluaran Tarik Jeans di pejabatnya di Petaling Jaya. --fotoBERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Anak muda usaha tukar persepsi terhadap jenama tempatan
Pengasas Tarik Jeans, Afiq Iskandar, berkata walaupun terdapat banyak jenama jeans keluaran tempatan, namun tidak banyak yang benar-benar memberi perhatian kepada kualiti dari segi reka bentuk.