Skip to main content

Dunia

Lebih 60 pelajar perempuan dikejar ke hospital selepas kebocoran gas klorin di sekolah Iraq - Laporan

Pelajar-pelajar terbabit mengalami keracunan akibat terhidu wap klorin. - Foto X/@PeninsulaQatar
Pelajar-pelajar terbabit mengalami keracunan akibat terhidu wap klorin. - Foto X/@PeninsulaQatar
Advertisement

MOSCOW: Lebih 60 pelajar perempuan dimasukkan ke hospital akibat kebocoran gas klorin di sebuah sekolah di Wilayah Maysan, tenggara Iraq, dengan insiden hampir serupa pernah berlaku di lokasi itu seminggu lepas, lapor Sputnik/RIA Novosti pada Selasa yang memetik media Iraq.

Seramai 61 pelajar perempuan di Sekolah Menengah Al-Zahra di bandar Amarah mendapatkan rawatan perubatan selepas mengalami masalah sesak nafas, lapor agensi berita INA.

Direktorat Pertahanan Awam Iraq mengerahkan pakar ke sekolah berkenaan bagi menyiasat punca kejadian, menurut laporan itu.

Advertisement

Sumber perubatan memberitahu stesen penyiar Al-Sumaria bahawa pelajar-pelajar terbabit mengalami keracunan akibat terhidu wap klorin.

Pada Selasa minggu lepas, seramai 59 pelajar perempuan di sekolah yang sama mengalami keracunan susulan kebocoran gas klorin dari sebuah kilang tenusu berhampiran.

Advertisement

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

 

Must Watch Video

Advertisement