Skip to main content

Dunia

Keganasan tercetus di Bangladesh, penyokong Hasina tuntut kepulangan bekas PM

Siri letupan bom buatan sendiri dan serangan pembakaran bas menggegarkan Dhaka, ketika pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan susulan insiden keganasan yang melanda ibu negara Bangladesh itu. - Foto X/HinduNavigator
Siri letupan bom buatan sendiri dan serangan pembakaran bas menggegarkan Dhaka, ketika pihak berkuasa meningkatkan kawalan keselamatan susulan insiden keganasan yang melanda ibu negara Bangladesh itu. - Foto X/HinduNavigator

Ringkasan AI

  • Rusuhan tercetus di Bangladesh selepas penyokong bekas Perdana Menteri Sheikh Hasina mengadakan protes menuntut beliau dibenarkan pulang ke negara itu.
  • Polis menggunakan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan, dengan beberapa kenderaan dibakar dan seorang pemandu bas maut akibat insiden tersebut.
  • Kerajaan Bangladesh memberi amaran terhadap cubaan mencetuskan ketidakstabilan, sementara Hasina kekal dalam buangan di India selepas dijatuhkan hukuman mati secara in absentia.
Advertisement

DHAKA: Rusuhan dan keganasan tercetus di beberapa kawasan di Bangladesh apabila penyokong bekas Perdana Menteri, Sheikh Hasina, mengadakan protes bagi menuntut beliau dibenarkan pulang ke negara itu.

Polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah untuk menyuraikan penunjuk perasaan, manakala sebuah kenderaan polis dibakar di daerah Gopalganj selepas berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dan aktivis Liga Chhatra Bangladesh (BCL), sayap pelajar parti Awami League.

Menurut laporan BBC, protes bermula sehari selepas Hasina, yang kini berada dalam buangan di India, memaklumkan beliau telah memohon pasport untuk kembali ke Bangladesh.

Advertisement

Beberapa jalan utama dilaporkan terjejas akibat sekatan jalan raya menggunakan tayar yang dibakar, selain beberapa kenderaan awam turut dibakar dalam insiden berasingan.

Seorang pemandu bas berusia 60 tahun maut akibat terhidu asap selepas kenderaannya dibakar di bandar Faridpur pada Selasa.

Advertisement

Kerajaan Bangladesh memberi amaran bahawa sebarang cubaan mencetuskan ketidakstabilan negara tidak akan diterima.

Hasina melarikan diri ke India selepas digulingkan menerusi kebangkitan besar-besaran pada 2024 yang menamatkan pemerintahan beliau selama 15 tahun.

Awami League kemudiannya diharamkan dan tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya umum.

Tahun lalu, tribunal khas Bangladesh menjatuhkan hukuman mati terhadap Hasina secara in absentia selepas beliau didapati bersalah atas jenayah terhadap kemanusiaan.

Namun, Hasina menafikan semua tuduhan dan menyifatkan perbicaraan itu bermotifkan politik.

Kerajaan Bangladesh turut menegaskan Hasina merupakan seorang pelarian yang dikehendaki dan mahu India menyerahkannya untuk berdepan tindakan undang-undang.

 

Must Watch Video

Advertisement