awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade

Sinar Harian
Sinar Harian
16/10/2024
09:45 MYT
Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Pengerusi Matrade, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (kiri) dan Nooryana Najwa Najib (kanan).
SHAH ALAM: Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).
Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pelantikan tersebut juga menyaksikan lafaz sumpah ikrar bebas rasuah oleh Nooryana bersama-sama Datuk Hairil Yahri Yaacob dan Dr Mastura Abdul Karim.
“Tahniah diucapkan kepada Nooryana Najwa atas pelantikan sebagai ALP Matrade.
“Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, ALP yang hadir serta seluruh pengurusan kanan Matrade yang menyertai mesyuarat ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.
Nooryana, 36, adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Politik Antarabangsa dan Dasar Luar dari Universiti Georgetown; Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Wharton School of Business serta Ijazah Sarjana Pentadbiran Awam di Harvard Kennedy School yang ketiga-tiganya terletak di Amerika Syarikat.
Menurut Reezal Merican, mesyuarat dipengerusikan olehnya itu bertujuan untuk melihat hala tuju dan perancangan semasa yang akan dilaksanakan oleh agensi tersebut tahun ini.
“Semoga segala perancangan yang dijadualkan untuk Matrade tahun ini dapat dilaksanakan dengan jayanya serta memanfaatkan syarikat-syarikat tempatan,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Nooryana Najwa
#Matrade
#anak perempuan Najib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan