Skip to main content

Malaysia

Mayat wanita ditemukan terapung di Sungai Kuantan

Pemeriksaan pada mayat itu menemukan kesan calar berdarah pada dahi namun tiada kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.
Pemeriksaan pada mayat itu menemukan kesan calar berdarah pada dahi namun tiada kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Advertisement

Advertisement

KUANTAN: Mayat wanita tanpa identiti ditemukan terapung dan tersangkut pada tali pelampung pukat di Sungai Kuantan dekat Jalan Besar di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan itu daripada orang awam pada 12.38 tengah hari.

“Wanita dianggarkan berusia 30-an itu ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terapung dengan berbaju merah dan memakai seluar pendek putih bercorak hitam,” katanya dalam kenyataan.

Advertisement

Beliau berkata pemeriksaan pada mayat itu menemukan kesan calar berdarah pada dahi namun tiada kecederaan lain yang boleh dikaitkan dengan unsur jenayah.

Ashari berkata mayat dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini untuk bedah siasat dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. 

Advertisement

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement