awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Didesak letak jawatan Pengerusi PN Melaka, ini jawapan Mas Ermieyati
[KOLUMNIS] Pakatan Arab Saudi, UAE di Yaman semakin retak
Aliran trafik bergerak perlahan seluruh negara, menjelang ambang tahun baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah

Bernama
Bernama
01/11/2023
20:30 MYT
Anak syarikat Capital A terima kelulusan Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah
ADE kini mampu menyediakan perkhidmatan sokongan penyelenggaraan pesawat terkemuka di Asia Pasifik. - Gambar Asia Digital Engineering
KUALA LUMPUR: Asia Digital Engineering (ADE), cabang penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) Capital A, telah memperoleh kelulusan bagi organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 daripada Agensi Keselamatan Penerbangan Kesatuan Eropah (EASA).
Kelulusan organisasi penyelenggaraan Bahagian 145 EASA ini merupakan piawaian tertinggi bagi penyelenggaraan penerbangan, mengekalkan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi dalam operasinya, kata Capital A dalam satu kenyataan di sini.
"Dedikasi ADE terhadap mutu perkhidmatan yang tinggi dan keselamatan bakal menjadi inspirasi kepada pemain MRO tempatan yang lain, dan kami mengharapkan impak positif yang akan dihasilkan oleh pencapaian penting ini dalam landskap penerbangan dan aeroangkasa negara," Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook disebut sebagai berkata dalam kenyataan itu.
Selain itu, Capital A berkata, hangar baharu milik ADE yang kini dalam pembinaan di KLIA Aeropolis dijadualkan siap menjelang separuh pertama tahun 2024.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif ADE, Mahesh Kumar berkata, ADE kini mampu menyediakan perkhidmatan sokongan penyelenggaraan pesawat terkemuka di Asia Pasifik.
"ADE akan terus membawa etika kerja dan piawaian perniagaan tertinggi ke dalam pasaran penerbangan Asia Pasifik dan menjadi pemain penting dalam perkhidmatan MRO di rantau ini," katanya.
Dalam usaha untuk menyokong pertumbuhannya, ADE telah menetapkan sasaran pengambilan pekerja bagi tahun 2024, dengan rancangan untuk mengambil seramai 500 hingga 600 kakitangan profesional dalam bidang penerbangan seperti juruteknik pesawat dan jurutera.
Ini dijangka dapat membuka jalan untuk pertumbuhan dan inovasi dalam sektor penerbangan dan aeroangkasa di Malaysia, katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Capital A
#anak syarikat
#EASA
#Kesatuan Eropah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan