TAHUKAH anda menstrim, memapar dan menyiarkan kandungan Astro menggunakan kotak TV Android tanpa hak kebenaran kreatif adalah salah di sisi undang-undang di Malaysia?
Di bawah undang-undang hak cipta di Malaysia, sebarang kandungan Astro yang disiarkan kepada umum haruslah mendapat kebenaran… sekiranya didapati melanggar akta tersebut, anda boleh dikenakan hukuman sebat atau dipenjara atau kedua-duanya sekali mengikut akta Hak Cipta Terpelihara 1987.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihati orang ramai supaya:
1. Tidak menjual atau memiliki sebarang aplikasi digital televisyen dan protokol internet yang tidak mempunyai label MCMC.
2. Tidak menyebar, berkongsi, memuat turun atau menyiarkan kepada umum sebarang filem, drama atau apa-apa kandungan yang dimiliki dan disiarkan oleh penyedia perkhidmatan kandungan yang sah.
3. Tidak menyalahgunakan label MCMC pada kotak TV Android bagi secara sengaja menunjukkan kebenaran daripada MCMC untuk menjual secara sah kotak TV Android dalam melakukan penyiaran dan muat turun secara tidak sah kandungan-kandungan yang dilindungi hak cipta terpelihara.
Lindungi perniagaan anda, jadi penyiar kandungan yang sah dan selamat menerusi Pek Flexi Perniagaan Astro!
Dapatkan maklumat bagaimana Astro Business menawarkan pek flexi dan pengiklanan SME 360 yang mampu membantu perniagaan anda di business.astro.com.my
Tekan pada pautan ‘Get It Now’ bagi mengisi butiran perniagaan anda.
Pengurus Perniagaan kami akan menghubungi semula bagi mencadangkan penyelesaian kandungan serta tawaran pengiklanan yang sesuai bagi perniagaan anda.
Haikal Raman
Sat May 14 2022

Ketahui lebih lanjut mengenai Pek Flexi Perniagaan Astro dan bersama-sama menyokong siaran kandungan yang sah!

Wanita buat laporan palsu konon kena samun
Wanita tempatan berusia 28 tahun itu datang ke balai polis untuk membuat laporan mendakwa dirinya disamun.

59 negara sertai Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam
Sidang kemuncak tiga hari itu bermula pada Khamis di Bandar Kazan, menyaksikan penyertaan 44 negara Islam, daripada 59 keseluruhannya.

Sembilan menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Ia akan merangsang sektor pelancongan dan seterusnya meningkatkan perdagangan sempadan antara Thailand dan Malaysia.

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Anda pelanggan Astro yang sah?
Ketahui lebih lanjut mengenai Pek Flexi Perniagaan Astro dan bersama-sama menyokong siaran kandungan yang sah!