Anjung Malaysia yang menampilkan kebudayaan dan cita rasa Malaysia menerusi seni bina, produk dan makanan tempatan menjadi tarikan terbaharu di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA).
Bertempat di Balai Pelepasan di tingkat lima KLIA, kawasan yang sebelum ini dikenali sebagai Anjung Tinjau itu menawarkan juadah tempatan seperti nasi lemak, rojak buah, laksa, mi Ipoh dan kuih-kuih tradisional selain permainan tradisional antaranya congkak, batu seremban dan dam untuk dicuba oleh pengunjung dan pelancong.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi melukis batik di samping mengimbas kembali sejarah negara menerusi paparan gambar-gambar Malaysia di era 50-an dan 60-an.
Ketika melancarkan Anjung Malaysia pada Selasa, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata inisiatif Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mewujudkan atmosfera sedemikian akan memberi kesan jangka panjang kepada pelawat dengan kenangan yang berkekalan.
"Malaysia Aiports melakukan usaha berterusan untuk meningkatkan bukan sahaja aspek fizikal lapangan terbang dari segi kerja-kerja menaik taraf dan menambah baik tetapi juga memastikan ikatan emosi terhadap Malaysia kekal kukuh," katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan MAHB Datuk Badlisham Ghazali berkata Anjung Malaysia merupakan antara cara memperkenalkan Malaysia kepada dunia dengan membawa tradisi dan budaya tempatan ke lapangan terbang dan mewujudkan persekitaran 'kepulangan disambut' untuk rakyat Malaysia.
"Penyepaduan identiti kebangsaan kita dengan wawasan, jenama dan strategi penyampaian perkhidmatan Malaysia Aiports akan menjadi faktor yang membezakan KLIA," katanya dalam ucapan.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengurus Besar Kanan Perkhidmatan Komersial MAHB Mohammad Nazli Abdul Aziz.
Beliau berkata Anjung Malaysia berperanan serampang dua mata iaitu mengetengahkan apa yang ditawarkan oleh Malaysia menerusi usahawan kecil dan sederhana yang diberi peluang mempamerkan produk mereka kepada masyarakat antarabangsa.
Sementara itu, Mohamad Nazli berkata MAHB merancang untuk memperluas konsep Anjung Malaysia ke empat lagi lapangan terbang iaitu klia2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
"Kesemua lapangan terbang ini akan mempunyai tema masing-masing dan akan dilaksana dalam tempoh dua tahun akan datang," katanya ketika ditemui pemberita.
Dalam perkembangan lain, Liow berharap 20 lagi kesalahan yang akan ditambah di bawah Sistem Pemberian Mata Demerit (Kejara) dapat mengurangkan kemalangan jalan raya di negara ini.
"Sistem yang kita lancarkan pada awal tahun ini hanya meletakkan dua kesalahan sahaja iaitu langgar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju. Bagaimanapun, faktor-faktor seperti memotong di garisan berkembar, menggunakan lorong kecemasan dan penggunaan telefon bimbit semasa memandu turut menyebabkan kemalangan.
"Saya bimbang tentang penggunaan telefon bimbit semasa memandu kerana bilangan kemalangan disebabkan faktor ini meningkat," katanya.
Liow berkata tambahan kesalahan itu akan dikuat kuasa tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 22 2017
Liow melihat demonstrasi membuat wau selepas melancarkan Anjung Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Selasa. Turut sama Pengerusi MAHB Tan Sri Syed Zainol Anwar Ibni Syed Putra Jamalullail (empat, kiri). --fotoBERNAMA
China-Perancis kecam serangan Israel di Rafah, gesa gencatan senjata
Gencatan senjata serta-merta dan bantuan kemanusiaan yang besar-besaran ke Gaza adalah keperluan mendesak yang perlu dilaksanakan, kata China dan Perancis.
Di sebalik lirik 'Kalau pergi Kuala Kubu, tulis nama atas batu'
Batu buatan itu sebagai simbolik Kuala Kubu Baharu sebagai lokasi tumpuan perkelahan dan mandi-manda.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pada Rabu berikutan mata wang negara itu mengukuh berbanding mata wang utama lain.
AWANI Ringkas: Cermin kereta dipecah dengan tukul besi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PATUH jadi pemudah cara, bantu perjalanan operasi TH
PATUH membantu mengendalikan jemaah haji Malaysia selain bertindak menjadi pemudah cara untuk petugas haji dengan kerajaan Arab Saudi.
Malaysia kecam serangan di Rafah yang membunuh 19 orang
Wisma Putra menegaskan serangan ini jelas menunjukkan keengganan Israel untuk bekerjasama bagi tujuan keamanan.
Penambahbaikan tadbir urus, tata kelola pengurusan kewangan bola sepak tempatan
Mencari solusi komprehensif kepada ketirisan, kelemahan tadbir urus dan tatakelola dalam pengurusan kewangan sukan bola sepak tempatan yang kini semakin meruncing.
Kurangkan import minyak, gas, segerakan dasar tenaga lestari
Rafizi berkata pada tahun lepas Malaysia mengimport kira-kira 25 peratus gas bagi memenuhi keperluan negara ekoran kekurangan pengeluaran sumber asli seperti minyak dan gas.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Apakah yang perlu dilakukan dengan segera untuk mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari? Kupasan bersama Pengarah, BowerGroupAsia (Malaysia), Arinah Najwa Ahmad Said.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
AKPK: Tingkah laku pengguna belia & literasi Kewangan
Ketua, Jabatan Pembangunan Penyelidikan, AKPK, Mafrukhin Mokhtar berkongsi pandangan beliau berkenaan tingkah laku pengguna dalam kalangan belia serta tahap literasi kewangan mereka.
Anjung Malaysia tarikan terkini KLIA
Orang ramai juga berpeluang menyaksikan demonstrasi melukis batik di samping mengimbas kembali sejarah negara menerusi paparan gambar-gambar Malaysia di era 50-an dan 60-an.