awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar akan bincang dengan Khazanah berhubung penjualan Kidzania Singapore

Bernama
Bernama
16/06/2023
12:21 MYT
Anwar akan bincang dengan Khazanah berhubung penjualan Kidzania Singapore
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan Khazanah Nasional Bhd berhubung penjualan Kidzania Singapore pada harga yang terlalu rendah. - Gambar fail
CYBERJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan Khazanah Nasional Bhd berhubung penjualan Kidzania Singapore pada harga yang terlalu rendah.
"Itu saya akan bermesyuarat dengan mereka," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan merangkap Pengerusi Khazanah ketika ditanya media mengenai laporan penjualan taman tema itu selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini, hari ini.
Khazanah dan Boustead Holdings Bhd dilaporkan telah menjual KidZania Singapore yang telah ditutup operasi perniagaannya kepada Sim Leisure Group Ltd yang disenaraikan di Singapura pada harga S$110,000.
KidZania Singapore, yang dibuka pada April 2016 di Pulau Sentosa, Singapura, ditutup pada 2020, selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.
Theme Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd (TARH), anak syarikat Khazanah, memiliki 80 peratus pegangan dalam Rakan Riang Pte Ltd (Rakan Riang Singapore), yang mengendalikan Kidzania menerusi usaha sama dengan Boustead Curve - anak syarikat Boustead Holdings.
Dipercayai bahawa Khazanah dan Boustead pada awalnya menyuntik sebanyak SG$48 juta (RM165.52 juta) ke dalam projek tersebut.
Sementara itu, Anwar berkata beliau tidak dimaklumkan tentang rumah ketua pembangkang Hamzah Zainudin diserbu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) seperti yang dilaporkan.
"Itu urusan LHDN, urusan badan penyiasat, saya tidak dimaklumkan," katanya.
Media melaporkan rumah Ahli Parlimen Larut itu yang terletak di Damansara, Kuala Lumpur diserbu sepasukan pegawai LHDN pada Rabu lepas susulan terdapat beberapa cukai yang tidak dilaporkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kidzania Singapore
#Perdana Menteri Anwar Ibrahim
#khazanah nasional bhd
#penjualan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan