KUALA LUMPUR: Kekuatan Malaysia dan Singapura dalam mengekalkan kemampanan harus dimanfaatkan untuk mempelopori standard penanda aras serantau bagi memacu perubahan penting di seluruh Asia Tenggara.
Penganalisis dari Institut Strategi & Kepimpinan Asia (ASLI), Anas Hayyan, percaya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawat baharu di Singapura, Lawrence Wong boleh memulakannya dengan mewujudkan dan memperjuangkan standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam ASEAN.
"ESG dalam ASEAN boleh diwujudkan dan diperjuangkan dengan memanfaatkan inisiatif padu yang dipertimbangkan oleh kedua-dua negara. Bergandingan bersama, Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau.
"Perkongsian ini boleh menyokong potensi usaha sama untuk bukan sahaja meningkatkan hubungan dua hala, tetapi juga menyumbang kepada kepada matlamat alam sekitar global," katanya menambah, ekonomi hijau menyediakan pelbagai peluang kerjasama untuk diteroka dengan lebih jauh lagi oleh kedua-dua negara.
Beliau berkata memorandum persefahaman baru-baru ini yang dimeterai Malaysia dan Singapura menyediakan platform bagi usaha sama untuk membangunkan infrastruktur kenderaan elektrik dan meneroka teknologi hijau seperti pemerangkapan hidrogen dan karbon.
"Inisiatif ini penting untuk memanfaatkan keupayaan teknologi dan kewangan Singapura serta limpahan sumber asli dan kawasan geografi Malaysia yang besar. Sinergi ini bukan sahaja memudahkan penggunaan teknologi mampan tetapi juga menyokong integrasinya ke dalam ekonomi serantau yang lebih meluas," katanya.
Anas berkata, memandangkan Wong telah memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan sejak 2021 dan Timbalan Perdana Menteri sejak 2022, pendekatannya sebagai Perdana Menteri dijangka bercirikan kesinambungan, bukannya perubahan drastik untuk memastikan asas stabil bagi kerjasama ekonomi seterusnya.
"Beliau akan meneruskan dasar ekonomi yang didukung oleh Perdana Menteri sebelum ini, yang mana beliau turut terlibat membincangkannya, yang jika mengikut kebiasaan, akan menyokong hubungan perdagangan yang kukuh di antara Singapura dan Malaysia," katanya.
Menurutnya, Malaysia dan Singapura berkongsi hubungan ekonomi yang sangat strategik, disenaraikan sebagai rakan dagangan kedua terbesar antara satu sama lain secara konsisten dalam tempoh sedekad lalu.
Kebergantungan ekonomi antara satu sama lain jelas dapat dilihat menerusi kuantiti perdagangan yang besar berjumlah AS$79.6 bilion pada 2023 dan AS$83.53 bilion pada 2022.
"Perkongsian ini memainkan peranan penting dalam strategi ekonomi yang lebih luas bagi setiap negara, yang diterjemahkan sebagai rakan dagang terbesar antara satu sama lain di rantau ASEAN, memudahkan perdagangan rentas sempadan, yang mana penting untuk kestabilan dan pertumbuhan serantau," kata Anas.
Katanya, ketika Malaysia bersiap sedia menggalas tanggungjawab Pengerusi ASEAN pada 2025, hubungan strategik dengan Singapura boleh memainkan peranan penting dalam menarik lebih banyak pelaburan ke rantau ini, memanfaatkan hubungan ekonomi yang telah terjalin kukuh antara kedua-duanya dan status sebagai hab perdagangan utama.
"Kedua-dua negara boleh meningkatkan daya tarikan mereka kepada pelabur yang mencari kestabilan dan peluang pertumbuhan di Asia Tenggara. Kerjasama ini berpotensi meningkatkan 'pengaruh ekonomi' mereka dalam ASEAN, dalam memacu pembangunan serantau yang lebih bersepadu dan mampan," katanya.
Antara elemen penting dalam kerjasama strategik Malaysia dan Singapura ialah Zon Ekonomi Khas (SEZ) Johor-Singapura, yang diwujudkan untuk merancakkan aktiviti ekonomi dengan menawarkan insentif perniagaan menarik seperti pengurangan kadar cukai dan proses kemasukan dipermudahkan untuk pekerja mahir.
"Kunci kejayaannya ialah pembangunan infrastruktur yang bertujuan memastikan pergerakan lancar antara kedua-dua negara, yang bukan sahaja memudahkan akses kepada perniagaan dan pelabur, tetapi juga meningkatkan lagi integrasi ekonomi dan daya tarikan kedua-dua negara.
"Inisiatif strategik ini menggariskan komitmen bersama untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dan juga meningkatkan pengaruh mereka dalam ASEAN," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Singapura dan Malaysia berkedudukan baik untuk menggerakkkan agenda kemampanan mereka dan menetapkan duluan bagi kerjasama inisiatif hijau. - Facebook
Jaguh berbasikal negara kembali beraksi
Bekas jaguh trek berbasikal Datuk Azizul Hasni Awang memberitahu dia kini bersedia kembali dalam arena berbasikal negara.
Ada NGO tak faham isu sebenar
Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata banyak NGO tidak memahami isu sebenar mengenai Kampung Sungai Baru, justeru beliau akan melakukan sidang media khas pada minggu hadapan di Kampung Baru.
NGO tagih pembelaan selesai pengambilalihan tanah
Perikatan Nasional (PN) digesa bertanggungjawab terhadap nasib penduduk Kampung Sungai Baru di sini yang sehingga hari ini tidak mendapat pembelaan setimpal.
Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata, parti itu sepatutnya mengaku telah mengakibatkan penduduk di kawasan itu ditipu oleh syarikat yang mengambil alih tanah berkenaan.
Presiden Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata, parti itu sepatutnya mengaku telah mengakibatkan penduduk di kawasan itu ditipu oleh syarikat yang mengambil alih tanah berkenaan.
KPN sahkan tiada laporan polis terhadap Kwong Wah Yit Poh
Polis setakat ini belum menerima laporan ke atas akhbar Kwong Wah Yit Poh berhubung penyiaran bendera Malaysia dalam keadaan tidak lengkap di akaun Facebook rasmi media itu.
Polis kesan wanita dipukul di lampu isyarat
Seorang wanita yang dipukul di lampu isyarat Persimpangan Taman Budiman Valley, Seksyen U15, Shah Alam diminta tampil membuat laporan polis dengan kadar segera.
Kerajaan disaran guna teknologi AI, digital perkasa urus tadbir pilihan raya
Kerajaan disaran memperkasakan pengurusan pilihan raya negara dengan menerapkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem digital moden bagi membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melaksanakan proses pilihan raya yang lebih cekap, telus dan menjimatkan kos.
Arab Saudi kuatkuasa permit masuk ke Mekah bermula 23 April untuk musim Haji
Direktorat Am Keselamatan Awam Arab Saudi mewajibkan semua yang ingin memasuki Mekah untuk mendapatkan permit masuk yang sah, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
AWANI Borneo [19/4/2025] – Tegas PM | PRN Sabah | Jom Masuk U
#AWANIBorneo bersama Jasmine Abu Bakar.
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
- GRS akan tentukan kerjasama terbaik demi capai mandat
- KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews

Hanya satu kelas teori untuk lesen motosikal, motokar mulai 1 Ogos - Loke
Loke berkata penambahbaikan berkenaan dijangka menjimatkan kos selain memendekkan tempoh proses mendapatkan lesen memandu.

Bekas pemain kebangsaan Croatia Nikola Pokrivac maut kemalangan jalan raya
Bekas pemain bola sepak kebangsaan Croatia, Nikola Pokrivac maut dalam kemalangan jalan raya pada usia 39 tahun.

Jaga kestabilan untuk pastikan daya tahan, daya saing negara - Anwar
Rakyat perlu memastikan kestabilan negara dijaga terlebih dahulu dalam berhadapan dengan cabaran semasa dunia bagi memastikan kekalnya daya tahan dan daya saing negara.

Lawatan Anwar ke Thailand perkukuh hubungan dua hala, fokus isu Myanmar, pelaburan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata lawatan rasmi beliau ke Thailand membuka lembaran baharu dalam memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Thailand.

PM Anwar hadir rumah terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI di sini, dal

PM Anwar hadiri mesyuarat khas dan taklimat pembangunan Sarawak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas serta Taklimat Pembangunan Negeri di Wisma Bapa Malaysia sempena lawatan kerja sehari beliau ke Kuching.

Tarif AS beri peluang Malaysia rombak strategi perkukuh ekonomi negara - PM Anwar
Pengumuman tarif oleh AS memberi peluang kepada Malaysia untuk merombak strategi dalam memacukan lagi pengukuhan ekonomi negara.

Anwar hulur sumbangan kepada G Saravanan, pemenang emas Komanwel 1998
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan sumbangan kepada pemenang pingat emas acara 50 kilometer (km) lumba jalan kaki lelaki Sukan Komanwel 1998, G. Saravanan yang disahkan menghidap peny

Malaysia perlukan lonjakan kuantum untuk jadi negara maju - Anwar
Katanya, dalam konteks hari ini, usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju tidak boleh dicapai dalam situasi kadar perubahan biasa.

Bill O'Reilly angkuh, jahil dan tidak faham Asia Tenggara - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan pengulas politik konservatif Amerika Syarikat (AS) Bill O'Reilly yang mendakwa Asia Tenggara 'tiada wang'.

'Jika tiada JAC, PM akan lebih berkuasa dalam soal pelantikan hakim' - kata Nazri kepada Tengku Maimun
Nazri Aziz menyifatkan Akta JACA bagus dan telus, dengan ahli suruhanjaya itu sendiri berperanan menapis nama hakim yang dicalonkan.

ASEAN tolak sebarang bentuk tarif dikenakan secara unilateral - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral.