Majlis Perniagaan Getah Asean (ARBC) berkata ia akan bertindak terhadap pihak yang ingkar dengan menerbitkan nama mereka pada laman webnya.

Keputusan itu diambil pada Perhimpunan ARBC ke-17 di Phuket, Thailand pada 10 Nov, 2012, katanya dalam satu kenyataan.

"Ia adalah salah satu langkah keras yang akan diambil sehingga ini bagi menegakkan kemurnian kontrak di dalam amalan dagangan getah yang dihormati yang kini tercalar berikutan kemasukan banyak pemain pasaran baharu sejak beberapa tahun lepas," katanya.

ARBC menyeru kesemua pemain pasaran dan pihak berkepentingan di dalam industri getah bagi mengambil langkah sangat berhati-hati semasa berurusan dengan pihak yang ingkar yang namanya diterbitkan pada laman web itu "agar industri itu dapat terus meningkat sebagai satu industri yang sihat dan terhormat dalam tempoh jangka panjang bagi kesemua pihak berkepentingan."