awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings

Bernama
Bernama
09/03/2023
21:00 MYT
Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings
Woon menyatakan Malaysia memasuki 2023 dengan ekonomi yang kukuh, KDNK meningkat kepada 8.7 peratus tahun lepas, yang merupakan kadar pertumbuhan tertinggi di dunia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: RAM Rating Services Bhd (RAM Ratings) mengunjurkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada 2023 berada pada empat dan lima peratus, yang didorong oleh permintaan domestik di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram.
Ketua Penyelidikan Ekonomi Woon Khai Jhek berkata Malaysia tidak dapat lari daripada gelombang pertumbuhan global yang lebih perlahan tahun ini, yang secara langsung akan memperlahankan permintaan luar dan melembapkan prestasi eksport Malaysia.
"Bagaimanapun, memandangkan cabaran dari luar, kadar pertumbuhan KDNK agak memuaskan kerana Malaysia memiliki beberapa pemacu pertumbuhan utama yang nampaknya akan menjadi kenyataan tahun ini.
"Malaysia bernasib baik kerana ia mempunyai struktur ekonomi yang agak luas dan pelbagai dan ini mengurangkan penguncupan yang dijangkakan daripada pertumbuhan global yang perlahan," katanya semasa perbincangan panel bertajuk "Economic Outlook 2023 and Beyond: Weathering the Storm" pada Persidangan Tinjauan Malaysia (MOC) 2023, di sini pada Khamis.
Bertemakan "Malaysia's Turning Point: Opportunity Amidst Volatility", persidangan sehari itu, yang dianjurkan oleh Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS), menghimpunkan lebih 100 pakar, membincangkan dan membahaskan dasar awam negara ke arah mewujudkan Malaysia yang lebih baik sambil mengharungi ketidaktentuan pada tahun baharu.
Sementara itu, Woon menyatakan Malaysia memasuki 2023 dengan ekonomi yang kukuh, KDNK meningkat kepada 8.7 peratus tahun lepas, yang merupakan kadar pertumbuhan tertinggi di dunia.
Ia juga menunjukkan Malaysia semakin pulih daripada pandemik itu, katanya.
"Ini juga menandakan bahawa Malaysia akan terus memiliki asas yang kukuh dan pertumbuhan yang agak kuat pada masa depan.
"Itulah sebabnya saya menjangkakan, dari segi unjuran, permintaan dalam negeri kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi pada 2023, disokong oleh pemulihan berterusan dalam pasaran buruh dan langkah sokongan dasar sedia ada," tambahnya.
Mengenai kadar dasar semalaman (OPR), beliau menjangkakan kadar itu berada pada tiga peratus menjelang akhir 2023.
"Ada kemungkinan terdapat beberapa lagi (kenaikan) yang positif dari segi OPR, tetapi kami masih menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) meneruskan normalisasi kadar faedahnya, kembali ke tahap prapandemik," katanya.
Bank pusat telah mengekalkan OPR pada 2.75 peratus hasil daripada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pada Khamis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#KDNK
#RAM Ratings
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan