Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana ASEAN tidak memanfaatkan sepenuhnya potensinya sebagai kuasa besar ekonomi, walaupun mempunyai sumber yang banyak dan pasaran pengguna hampir 700 juta orang.
"Nusantara ini penuh dengan sumber yang kaya, bukan sahaja minyak tetapi terdapat juga banyak galian. Kita tidak mengeksploitasinya dan jika kita keluarkan galian ini, kita boleh menggunakannya untuk menghasilkan barangan dan menambah nilai," kata Perdana Menteri, yang kembali ke persada ASEAN selepas menjadi pemimpin nombor satu negara buat kali kedua.
ASEAN pada masa ini mempunyai penduduk hampir 700 juta orang yang mana ia semakin kaya, tetapi yang ganjilnya adalah, seperti Malaysia, ia juga adalah kumpulan pengguna, katanya.
"Mereka hanya membeli dan menggunakan barangan dari luar, sedangkan dengan jumlah populasi ini, ASEAN boleh menjadi pusat pengeluaran besar seperti China.
"China sebelum ini miskin, penduduknya juga miskin tetapi kerana populasinya sangat besar, penggunaan tempatan menyokong industri tempatan. Justeru, ASEAN boleh menjadi kumpulan yang sangat bersar dan menjadi lebih kaya," katanya kepada Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN, di sini, pada Khamis.
Perhimpunan Pemimpin-pemimpin ASEAN itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia bertemakan "Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan Menangani Jurang Pembangunan Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global".
Mengenai jika terdapat sebarang industri khusus bagi Malaysia, Dr Mahathir berkata: "Kita boleh melihat banyak motorsikal di sini. Lebih banyak dari di Malaysia, tetapi tidak ada sebuah pun motorsikal berkenaan dibuat di ASEAN atau Indonesia."
Di sebalik pasaran domestik yang besar yang ia boleh gunakan untuk mempromosikannya, ASEAN tidak mengeksploitasinya, jelasnya.
"Mereka membeli dari luar - kereta, motorsikal. Kesemuanya dibeli dari luar. Mereka boleh membuatnya di sini, jika kita tidak mempunyai teknologi berkenaan kita boleh mengimportnya. Kita boleh mendapatkan pelabur asing, tetapi kita tidak menuju ke arah itu," katanya.
Ditanya adakah beliau kecewa dengan ASEAN, jelasnya: "Saya tidak kecewa tetapi sudah 15 tahun saya tidak berada di sini, tetapi mereka masih tidak bersatu dengan baik."
Dr Mahathir berkata, kumpulan 10 ahli itu seharusnya mengetepikan perasaan wasangka bagi membolehkan kumpulan itu melaksanakan prinsipnya untuk memberi kemakmuran kepada jirannya.
"Terdapat beberapa perasaan yang berlarutan yang mana kita tidak boleh percaya antara satu sama lain. Bagaimanapun, kita tahu dengan pasaran yang ada kita boleh menjadi sebuah kuasa yang sangat besar, tetapi setiap negara mempunyai undang-undang dan dasarnya," katanya
Beliau percaya bahawa, jika undang-undang dan dasar, terutama yang berkaitan dengan pelaburan dapat diselaraskan, ASEAN boleh maju dengan pantas.
"Setiap negara mempunyai undang-undang pelaburan yang berbeza, kita seharusnya mempunyai yang sama, (mungkin) tidak seakan sama, supaya memudahkan untuk melabur di masing-masing negara. Pada masa ini ia tidak mudah," katanya.
Menyentuh mengenai pembangunan mampan, Dr Mahathir berkata, Malaysia sebenarnya sudah mencapai banyak sasaran yang digariskan di bawah Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Antara 17 SDG itu adalah tiada kemiskinan, sifar kelaparan, air yang bersih, pendidikan berkualiti, persamaan jantina, pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi, bandar raya mampan dan tindakan iklim yang perlu dicapai menjelang 2030.
"Dan saya fikir, jika rakyat mahir dengan perkara ini, banyak yang boleh kita sumbangkan kerana kita sudah mencapai banyak sasaran itu dan saya fikir jika kita bekerja bersama antara satu sama lain, kita boleh mendapat faedah daripada pengalaman mereka dan mereka boleh mendapat manfaat daripada pengalaman kita," katanya.
Pada masa sama, Dr Mahathir, yang dikenali sebagai pemimpin yang lantang, berkata negara membangun tidak bersikap tidak adil kepada negara sedang membangun.
"Negara membangun di Barat memberitahu kita... mampan, mampan... yang bermakna bahawa anda tidak boleh lakukan ini, itu. Kerana ini adalah salah, ini merosakkan hutan anda, haiwan, habitat dan macam-macam lagi.
"Bagaimanapun, bila mereka membangun, mereka tidak mempunyai masalah ini, mereka tidak bercakap mengenai pembangunan mampan atau sesuatu yang seperti itu.
"Mereka menebang semua pokok mereka. Ingat Robin Hood dan Hutan Sherwood? Sudah tidak ada Hutan Sherwood sekarang ini. Jadi, sekarang mereka memberitahu kita bahawa kita mesti menyerap karbon dioksida yang mereka hasilkan. Ini tidak adil," sindir beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018
Dr Mahathir berkata negara membangun tidak bersikap tidak adil kepada negara sedang membangun. - fotoBERNAMA
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.