Skip to main content

Malaysia

Bekalan diesel stabil, gangguan hanya isu logistik - Armizan

KUCHING, 13 April -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali menunjukkan harga yang ditawarkan pada Program Sentuhan Kasih dan Jualan RAHMAH MADANI, malam ini.  -- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Armizan menunjukkan harga yang ditawarkan pada Program Sentuhan Kasih dan Jualan RAHMAH MADANI, malam ini. - Gambar Bernama

KUCHING: Kerajaan memberi jaminan bekalan diesel mencukupi, namun langkah penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan tiada ketirisan dalam rantaian bekalan, khususnya semasa situasi ketidaktentuan global ketika ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata terdapat beberapa gangguan terpencil dilaporkan namun ia berpunca daripada isu logistik seperti kelewatan penghantaran ke pelabuhan serta depoh dan bukan kekurangan bekalan.

Advertisement

“Isu-isu ini telah dan sedang ditangani segera. Sehubungan itu, orang ramai digalakkan menyalurkan aduan sekiranya terdapat stesen minyak mengalami kekurangan bekalan melalui platform aduan rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Sentuhan Kasih dan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di Kampung Bratan di sini hari ini.

Armizan berkata kerajaan akan terus memperkukuh PJRM sebagai satu daripada mekanisme intervensi utama bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

Beliau berkata bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Mac tahun ini, sebanyak 7,320 siri PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara dengan lebih 7.38 juta transaksi.

-- BERNAMA

Must Watch Video