awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Meta bakal perkenal pelan berbayar Facebook, Instagram, WhatsApp; akses kepada fungsi eksklusif
Prestasi perdagangan negara, kemasukan murid Tahun Satu pada usia enam tahun tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Operasi menyelamat diteruskan selepas feri Filipina karam, 18 maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro Biz One tambah tarikan suasana santai di Chill 28

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
22/10/2025
08:22 MYT
Astro Biz One tambah tarikan suasana santai di Chill 28
Pemilik Restoran Chill 28, Lye Yong Feng, bersama antara menu popular yang ditawarkan.
ALOR SETAR: Langganan pakej Astro BizOne yang dibuat pada awal tahun ini disifatkan sebagai langkah yang sangat berbaloi buat Restoran Chill 28 di Pekan Cina, Alor Setar.

Ringkasan AI
  • Langganan Astro BizOne oleh Restoran Chill 28 berjaya menarik lebih ramai pelanggan, terutamanya semasa siaran langsung bola sepak dan rancangan hiburan.
  • Pelanggan kini meluangkan masa lebih lama di restoran, sekali gus meningkatkan pesanan makanan dan minuman seperti chicken chop, salmon avocado, dan teh.
  • Suasana santai dengan persembahan 'live band', kualiti makanan yang dijaga serta layanan mesra menjadikan restoran ini pilihan utama pengunjung pelbagai lapisan usia.

Ini kerana, menurut pemilik restoran Lye Yong Feng, keputusan yang dilakukannya itu berjaya menambah bilangan pelanggan, terutamanya ketika perlawanan bola sepak.
Bukan itu sahaja, ia turut melengkapi suasana santai daripada persembahan 'live band' yang boleh dinikmati pelbagai lapisan usia.
"Sebenarnya, jujur saya katakan, cabaran besar yang kami hadapi sebelum ini adalah pelanggan habiskan masa sekejap sahaja.
"Bila ada persembahan 'live band', mereka akan 'stay', dan bila habis sahaja, mereka balik, sebab tak boleh buat apa selain makan dan minum.
"Tetapi selepas langgan Astro BizOne, mereka sekurang-kurangnya tunggu sampai satu-satu rancangan itu habis, ataupun perlawanan bola sepak tertentu tamat.
"Mereka akan tunggu juga, apabila tunggu lama, lagi banyak mereka akan pesan makan," jelas Lye.
xxx
Antara menu pilihan pelanggan di Restoran Chill 28 termasuk chicken chop, salmon avocado, fresh oyster dan minuman berasaskan teh.
Sehubungan itu, situasi berkenaan menjadikan pelanggan kekal lebih lama di restoran dan menjadikannya sebagai satu perkembangan yang sangat positif.
Tambahnya, antara menu yang menjadi pilihan pelanggan adalah masakan Barat seperti 'chicken chop', 'salmon avocado' dan 'fresh oyster' selain minuman berasaskan teh.
Lebih menarik, harga yang ditawarkan bagi setiap menu adalah sangat berpatutan dan mampu dinikmati.
"Selain itu untuk bahagian minuman kita juga ada pilihan kopi selain teh yang saya sebutkan tadi, jadi pelanggan di sini selain dapat menikmati suasana santai dengan adanya persembahan 'live band', mereka boleh nikmati kita punya makanan juga," tambahnya.
Lye turut menyatakan bahawa pihak restoran turut mementingkan kualiti makanan yang dihasilkan agar menepati cita rasa pengunjung selain layanan yang diberikan staf di situ sentiasa berada pada tahap terbaik.
Sementara itu, bagi pengunjung, Alexa, 34, yang juga pekerja swasta mengakui menggemari suasana santai di restoran berkenaan.
xxx
Restoran Chill 28, Pekan Cina, Alor Setar, menjadi tarikan pelanggan untuk menjamu selera sambil menonton rancangan dan perlawanan bola sepak menerusi langganan Astro BizOne.
Tambahnya, dengan langganan Astro BizOne, dia dan kenalan dapat meluangkan lebih banyak masa bagi menonton rancangan kegemaran.
"Tempatnya sangat menarik, sangat sesuai untuk luangkan masa dan bersantai bersama kawan-kawan.
"Selain itu, makanan juga sangat sedap dan penuhi cita rasa tempatan walaupun menu adalah menu barat. Staf di sini juga sangat ramah dan membantu. Restoran ini sangat sesuai untuk jadi pilihan ramai."
Topic Berkaitan
#Astro BizOne
#Lye Yong Feng
#Chill 28
#siaran langsung bola sepak
#rancangan hiburan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan