Astro Malaysia Holdings Berhad memenangi Anugerah Kehormat dalam penganugerahan ke-3 Top 50 Enterprise Awards Malaysia anjuran Persatuan Usahawan Muda Malaysia (PUMM), Sabtu malam.

Top 50 Enterprise Awards merupakan antara anugerah perniagaan paling berprestij di negara ini.

Ia direka bagi mengiktiraf perniagaan yang berjaya, para usahawan atas kejayaan perniagaan dan pencapaian mereka di dalam negara serta menjadi contoh kepada syarikat-syarikat lain yang sedang meningkat naik.

Anugerah ini dibahagiakan kepada lima kategori iaitu Anugerah Kehormat (lapan pemenang), Anugerah Diamond (enam pemenang), Anugerah Platinum (11 pemenang), Anugerah Emas (25 pemenang) dan Anugerah Hijau (tiga pemenang).

Satu majlis makan malam diadakan di Pusat Konvensyen Straits Quay, Pulau Pinang bagi meraikan penerima anugerah.